16.9.10

Makan besar

lokasi: chillies, klcc
insan: mama. ayah. sheena. aku. amin
kerna: birthday dinner sarah.
mood: lapar.

akhirnya. a simple birthday dinner with my family. benda yang ditunggu-tunggu. takda kek dan takda maskot cili datang nanyi kat aku pun. tapi aku tak kesah smua tu. janji aku dapat lepak dengan 4 orang paling bes dalam idop aku.

mak ayah kasi digi cam sempena harijadi tahun ni. memandangkan aku tak pandai sangat pasal camera ni. aku pilih yang simple dan basic. tapi gambo lawa. jadi aku pilih canon ixus 105. kebetulan ada promo. angkut la satu. lepas ni. abes la bebudak iimu paksa rela jadi model sambilan. huhu.

kakak dan adik aku plak kasi buku. 'the left hand of god' dan 'my mother she killed me, my father he ate me'. ya. aku tau tajuk macam hanjin. tapi tu sebenarnya koleksi modern fairy tales. punya la semangat. balik umah terus balut plastik okeh.

wahai ahli keluargaku. terima kaseh. :)

No comments: