8.9.10

Pulau makanan

satu je ayat untuk ilustrasi berbuka kat penang:

.....

speechless. sebab bes sangat. haha. sumpah tak tipu weh. walau hangat nak mampuih. aku rela demi sesi iftar. pasar ramadhan? jangan cakap. memang superb. bukan sebab besar. tapi sebab smua makanan murah, banyak dan sedap. kombinasi elemen paling menghairahkan tu. jangan memaen. heh.

sebab ni hari pertama berbuka kat penang setelah setahun. lautan api sanggup kami renangi demi cari makanan terbaek di penang. ais kacang terbaek sampai ke taqua rendang terbaek lah. bak kata pepatah orang asli. sedap tahap bila makan. nampak pelangi dan arnab puteh. huhu.

ais kacang beli kat chan seow lane. lauk kapitan beli kat tajuddin, little india. pastu pi chowrasta borong taqua rendang. kira pusing satu penang la semata nak beli lauk berbuka. dah rupa cari harta karun. gila semangat. tapi takpe. berbaloi-baloi.

dah berbuka. sempat lagi pekene tandori kapitan dan nasi dalcha kasim mustapha. ok. ni bukan setakat nampak arnab puteh. ni siap nampak kandang arnab okeh. memang terbaek. mampu dapat medal. yum.

hm. penang memang nak kena tukaq nama neh. bukan pulau mutiara dah. pulau makanan. baru macam bes.

urgh. lapaq. tsk.

No comments: