31.12.10

Akhir. dua. sifar. satu. sifar.

cepat gile masa berlalu. pejam celik pejam pelik. dah nak masuk tahun baru. haish. takle jadi ni. rasa macam banyak lagi benda tak wat. oleh kerna itu. aku pun nekad nak wat sesuatu sebelum abes 2010. dari membuta sampai petang. baik aku wat pape yang bajet berfaedah.

jadi aku. una dan intan pun pakat panjat batu caves. memang takde keje tol la. haha. tapi benda itu harus di buat. ada ke patut duduk gombak hampir sedekad. batu caves tak pernah jejak. orang dari India pun dah sampai. haish. tak bley jadi ni. bley tercalar ego camni.

aku bangun pepagi buta seh. gile semangat. terus datang uia. jumpa una dan intan. pastu gerak sekali ke batu caves. cuaca ok. mendung cket. kan bes kalu snow terus. hehe. baca bismillah jap. terus panjat dengan semangat membara. setengah jalan. semput. ntah pape.

bila penat. usha permandangan kl. tak pun usha monyet panjat tangga. gile kagum. tak penat ke monyet tu. steady je naek. tak bley jadi ni. hmm. dalam 10 minit. sampai atas. gile anti-climax. aku hengat ada la 30 minit baru nak sampai atas. chait. kejap je rupanya.

dah la tu. pusing dalam gua tak sampai 5 minit. dah abes cover smua. lagi aku tensi. penat je aku bangun pepagi buta. tensi punya pasal. kiteorang pakat makan sarapan kat tepi sungai pisang. sanggup tuhh. haha. tapau nasi lemak sri gombak tiga siap air jambu.

terus drift pi sungai pisang. sampai je. cari spot macam bes. cari batu paling besar tu. bajet nak bertapa je. walhal nak pelahap nasik je. hehe. pastu maen air kejap sampai busan. lama jap tu. balik uia dan aku. balik ampang.

walau kiteorang wat aktiviti bajet bes walhal biasa je. aku tetap gumbira sebab aku akhiri tahun 2010 dengan benda baru. dari tergedik cari dress nak pakai time new year party. baik aku bermesra alam dengan.. err.. alam. bes bes. pape pun.

selamat tahun baru.





No comments: