12.8.11

Jalan jalan balik rumah

mereka: sarah. sheena.
destinasi: chukai, kemaman.
mood: bagai monyet mendapat bunga

yea yea. balik chukai. oh rumah ku syurga ku. pegh ayat. drama abes. haha.

ok. arini. aku dan sheena drift balik chukai berdua. tapi balik sat je. setakat dua tiga malam. smuanya kerna sheena ada meeting minggu depan. harus pulang awal.

haish. dr. zaha macam tetau je. bila orang nak joli bersuka ria di kampung. time tu la dia nak wat meeting tergempar. tabah.

tapi takpe. janji balik gak chukai terchenta. wehuu. aku ni kira ok la. sempat gak balik aritu. kakak aku?. dua tahun tak jejak bumi pertiwi. memang murtad chukai abes. hehe.

gila bes balik walau kejap. iftar reramai. terawikh sesama. sahur sekeluarga. huish. bukan senang nak cukup korum camni. abes terawikh. sempat plak lepak kuala kemaman. usha bulan penuh. hm. nasib takde werewolf dalam keturunan aku. huhu.

[ cik Baharudin dan sang purnama ]

balik kali ni. mau berkepit dengan famili je. abes mithali seh. bes bes. oh chukai. i lap u lah!

No comments: