21.8.11

Dari Ampang ke Port Dickson

mereka: sarah. asrul. nana. hadi. epah.
lokasi: umah epahadi, port dickson.
sempena: sesi melantak di rumah epah.
mood: musykil yang amat.

mana tak musykil nye. epah masak kot. ingatkan ilusi semata. cuak gak nak makan memula. tapi tabahkan diri jugak. nasib sehat walfiat sampai sekarang. hm. slumber je kutuk kutuk. sabo epah sabo. haha.

gila jauh perjalanan aku arini. memula naik lrt dari ampang ke plaza rakyat. kendian naik bus ke seremban. pastu naik keta nanasrul ke port dickson. gilos. nasib takda jet pejuang. kalu tak. yang tu pun aku redah naik. ok epah hadi. sila terharu dengan kesungguhan aku beriftar kat umah korang. heh.

tapi tu la. berbaloi je perjalanan tu. sebab nye. dapat lepak dengan nana epah. budak busuk yang aku terpaksa sayang. mana tak nye. dari matrik kot menggila. dah ah gila susah nak jumpa sekarang. sorang kat puchong. sorang kat ceruk pd. bila dapat kumpul camni sekali sekala. abes nikmat.

nak jadi cite. epah kene rasuk dek chef wan arini. masak gila banyak. aku ingat iftar beli kat pasar ramadhan je. tup tup. mak aih. siap ada nasi minyak. ikan 3 rasa. sotong celup tepung. ayam koboi. wowee. banyak gila. dah rupa buffett kat restoran nelayan. tu tak masuk pencuci mulut lagi. ganas tak ganas.

tapi yang takle blah. epah siap wat kek coklat tuh. katanya. sempena aku dapat kerja. ntah ye ke tak tuh. tapi pape pun. mekaceh epah. aku terharu giler. tapi lain kali. tolong wat kek pelangi. kerna bak kata ana lulu "warna warni dapat menceriakan idup anda". tetibe. sah dah terkena sampuk tv3. heh.

[ burpp. kenyang ]

[ hasil rasukan epah ]

[ aku yang excited dan kek coklat buatan epah ]

pape pun. terima kasih nana asrul sebab tumpangkan kereta dari seremban ke pd. dan terima kasih epah hadi sebab masak bes bes untuk kiteorang. tunggu aku ada dapur gas. aku masak bes bes untuk korang plak ok. ok? oooook?

2 comments:

epah said...

nanasrul?????muahahaha cam buah nanas je.....ye aku trharu sgt2 sbb tu anta smpai ukm.....sila trharu.....wakaka terpaksa syg ye.....hampeh ko

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ko epahadi. nana, nanasrul. senang cket nak sebut weh. heh. ya. aku sangat terharu dan keliru. sbb makin lama makin jauh. baik anta aku balik ampang terus je. haha. :P