19.8.11

Dari Ampang ke Jepang

huish. gila lama tak jumpa mashi. las jumpa. 3 tahun lepas. ntah nape. tetibe balik penang. ghaib terus. memang layak jadi muka utama kosmo.

"pelajar universiti Islam ghaib"

hm. macam haram tajuk. konfem laku. haha. ok. ok. nak jadi cerita. dua hari lepas. mashi muncul kembali dalam idup aku. pegh ayat. sila muntah secara berjemaah sekarang juga. haha.

tapi serius weh. kiteorang memesej dalam fb. tak sampai 36 jam kendian. tup tup. aku dan mashi bahagia iftar sesama kat pavilion. pelik tak pelik. heh.

dah la aku beli banyak gila benda. smua aku sumbat ke mashi. haha. mana tak nye. air thomas kemper tak pernah minum. carrot cake tak pernah makan. adoyai. memalukan warga penang tol la. ni mesti pekene nasi kandaq memanjang neh. tsk.

dah kenyang. hati senang. pi meronda. pusing pusing. terjumpa tokyo street. dah la mashi tu otaku jepun. asalkan jepun. dia naik tok sheikh. lepak situ sampai pavi tutup kot. huish. bahya bahya. tu baru tokyo street tu. kalu street kat tokyo. memang haram dia takmo balik mesia dah. tsk.

memacam la kiteorang borak. ala ala cover balik gap 3 tahun tu. haish. gila rindu aku kat minah sorang ni. dah la bakal jadi cikgu. makin ayu plak tuh. haish. sah dunia dah nak kiamat. haha.

kepada cik mashi. sila jangan menghilang lagi. jika tidak. smuga bertemu kembali Ramadhan 3 tahun dari sekarang. haha. tapi serius. cepat gila masa berlalu. sedar sedar. dah tiga tahun. tapi takpe. yang penting. aku sampai tokyo arini. ok. apa kene mengena ntah. tabah.

No comments: