28.3.12

Kecantikan itu milik setiap insan

bangun tido. ketiak gatal lalu garu. baru je nak ghairah. aku rasa macam laen macam. apsal ketiak aku macam ada bebiji halus.

terus ke cermin usha ketiak okeh. sungguh prihatin. mesti ketiak aku terharu. haha. tengok ketiak aku. mak aih. merah gila. pastu ada biji biji. cuak gak aku. nasib ketiak bukan aset utama. haha.

lepas mandi. terus ke klinik. aku siap wat strip show separuh rela demi kesehatan ketiak aku. selepas meneliti. doktor dengan muka bangga kata aku kena fungal infection.

fungal? fungaaal? fungaaaaaaaal?

katanya mungkin deodorant ngak sesuai. gila tragis. waaaa. ketiak aku dah tak jelita sekarang. aku dah cecuak ingat ketiak aku kan tumbuh cendawan liar ke apa. abes drama queen.

tapi doktor kata rileks aja. small matter. mak aih. bes je cakap camtu. cuba kalu ketiak dia? terus suntik botox okeh. hmm. sukati. patut aku tak jadi doktor. mampus pesakit aku smua. haha.

las las. dia kasi ubat sapu dan makan. dalam rm50 gak la aku kene. kira rm25 satu ketiak. haish. redha je la. smuga ketiak aku sehat secepat mungkin. ameen.

No comments: