5.10.12

Lovedrunk ghazal

insan: sarah. sheena
lokasi: PJLA
sempena: lovedrunk ghazal performance
mood: damai

serius lama tak pergi aktiviti camneh. bila cik sheena jemput. dengan pantas aku cakap okeh. mencari peluang aja. hehe. 

kene plak persembahan ghazal dari india dan pakistan. macam menarik. tak pikir dah. terus join. semangat seni betul. walau harga tiket kurang menarik. rm53. tapi takpe ah. bukan selalu pun.

so. dalam 1900. aku memandu secara berhemah ke pjla. ketemu cik sheena di lokasi kejadian. amboi ayat. sungguh dewan bahasa. haha. ok ok sambung. 

sesampai je. terus singgah makan di the bee's. burger tetap superb seperti biasa. yums. dah kenyang smua. usha jam. jam 2015. cun lah. terus ke teater. 

okeh. ni lah pertama kali aku ke sini. cun jugak. tak besar mana pun tapi selesa lah. dan seperti biasa. aku dan sheena sesatunya melayu. smua indian. terasa macam kat india pun ada. bes bes.

team ghazal ada 7 insan smuanya. tapi pemain tabla paling menawan pernah aku lihat lah. memang mengugat keimanan tol. dah lah kacak bergaya. jari jemari plak talented. waduh.. cair mak. haha. 

walau haram cket pun tak paham. sebab sajak hindi kan? tapi best lah bagi aku. syahdu je. walau tak paham. bila depa start nanyi. tetibe nampak bulan mengambang lah. nampak gunung ganang lsh. nama muka pakwe lah. memacam.

misteri sungguh. puaka apa depa pakai neh? haha. tapi serius. sumpah menusuk kalbu. kene plak bila tok guru depa start nanyi. pegh. superb gilak. bila tone dia sedih. kita smua pun pakat sedih walau tak paham. bila tone dia happy. abes smua pakat tersengih. 

dalam 2 jam gak lah. terus mabuk kepayang pastu. patut pun nama lovedrunk. haha. hm. pasni boleh lah layan ghazal dari benua lain plak. oyeah.

[ mamat tabla paling mengugat keimanan ]

[ sumpah sedap suara dia. layak digelar tok guru ]

[ anak dara encik baharudin ] 

No comments: