9.12.12

Kata hati


disebabkan minggu lepas aku lupa smua yang harus diperkatakan dan disoal. dan setelah pikir sampai pening kepala. ececeh. iye ye je. haha. aku akhir nya sms dia untuk berjumpa. 

aku perlu jawapan untuk soklan aku. dan dia perlu tau kenapa aku buat camtu. selagi aku tak dapat jawapan dan selagi dia tak tau. susah untuk aku buka buku baru. apatah lagi bila buku lama masih tergantung. 

cuak gak masa send tu. takut dia tak reply. mau terguris ego aku nanti. haha. dan tak sampai seminit. dia reply setuju mau jumpa. tekezut ceq sat. laju sangat. huhu.

maka tadi. bertemu lah kami berdua. sesampai je lokasi. bley plak teman sekerja dia timbul. waduh. kacau tul lah tapi aku layankan aja. yang lagi hampeh. depa ingat aku si awek. 

banyak gila soklan kot. mana jumpa? dah lama kenal? camne kenal? adoh. tapi aku jawap je lah walau dalam hati stress gak. haha. punya selesa dengan aku siap bantai piza aku bagai. nasib baik mood aku baik. kalu tak. mau aku terbalik meja sama mereka dan piza. haha. 

sejam kendian gak lah baru depa blah. fuh. akhir nya! dan aku terus amek kesempatan itu untuk tanya ada yang tersirat dalam hati dan luah smua benda yang aku rasa selama ni.

dalam macho macho. bergenang gak mata. pantang meleleh. aku gelak cover. macam haram. haha. dan dia dengar walau payah untuk pandang aku. memang aku yang mintak putus 2 kali. tapi aku yakin alasan aku kukuh. sumpah aku sayang dia tapi aku dah penat sedih memanjang. 

dalam aku dok cerita. tetibe dia berkata:

"my family always said that its impossible for a woman to love me for me. im too complicated" (him)

waduh. serius sedih ayat dia. tapi sapa suruh dia layan aku camtu? aku sayang bagai nak rak. dia bley wat rileks. bila aku mintak putus. gelabah. pastu ulang balik. pundek lah. 

tapi aku tetap jawap statement dia. aku cakap... ok. sila jangan muntah. ayat eklas dari hati neh. haha.

"well. then im the exception. coz i dont only love you for who you are. but i love you with all my heart. unfortunately. circumstances push us apart" (me)

pegh.. power tak ayat aku? aku pun terkedu dengan kehebatan ayat sendiri. gilak. mau kagum cikgu sastera aku. haha.

dalam 3 jam gak la kami berdiskusi. lama tak lama. aku siap ada nota mini agar tidak lupa satu pun benda. aku tak mau terlupa pape. kang balik umah. asyik dok teringat je. parah kalu ye.

dan alhamdulillah. aku berjaya luah smua perasaan dalam hati. masuk tak masuk kepala dia. aku tak pedulik. janji dada aku dah lapang. sedih memang sedih. sebab aku sayang gila dan tersangat berdedikasi sama dia. tapi bukan jodoh kot?

ahh.. kenapa aku kene lalui situasi camni? perit okeh. jenuh nak kutip cebisan hati dan susun balik seadanya. but yeah. one step at a time. 

dear me, do have faith and everything will be okay 

3 comments:

Midgesque said...

Pergh..the best breakup-cover story of the year yang pernah aku baca! Kudos!
Lu rock bebe! Caya lah!

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

k. midge: haha. thank u thank u. time to enjoy my single life back. wohoo

Midgesque said...

I've yet to write my OWN breakup story haih....