19.2.13

Significant Sri Lanka: Kandy, Perideniya & Nanu Oya

kandy dan perideniya sangat bes. memang menepati ciri ciri bandar idaman aku. serius nyaman. ala ala bandar universiti. banyak gilak kolej. orang muda bersepah. comei plak tuh. waduh. tergugat ceq. aww. bukan setakat tuh. makan pun sedap. paratha fry memang superb gila. aku makan sampai ketat baju smua. pastu stress sesorang. masalah tol lah. haha. 

cuaca pun bes. dalam 18 celcius. kekadang drizzling. serius macam london. bangunan pun sangat colonial. harap orang dia je gelap. cuba kalu bersepah mat salleh. konfem aku ingat aku kat london. heh.

siap pi spa ayurveda lagi. abes aku dilumur puluhan jenis minyak. melekat bau 3 hari. tapi takpe lah. peringatan untuk diri sendiri yang aku pi spa walau aku serius tak minat. tapi ayurveda dan sri lanka umpama aur dan tebing (betul ke peribahasa aku?). harus bikin beb. walau maruah sedikit tercalar kena raba abes. layan je lah. janji dah wat. no more. kesian dada aku trauma. haha. 

kandy dan perideniya ni bandar diraja satu ketika dahulu dan kini. bandar unesco heritage. smua bangunan di jaga. sangat lah colonial. memang betul lah. sejibik macam penang dan ipoh. banyak gak tempat menarik tapi kebanyakan berbaur seni atau taman. dah nama bandar dalam taman kan? tapi sangat bersih dan pokok hijau gila. pelik aku. cat ke apa? 

[ kandy. bandar diraja dalam taman ]

[ tasik kandy. selaku kolam mandi permaisuri. ganas sungguh ]

[ kottu. makanan harian. sedap, murah dan banyak ]

[ temple of the tooth yang tidak berbentuk gigi ]

[ bandar kandy yang sangat rileks ]

[ gila kool jalan pi kerja atas trek keretapi ]

[ persembahan kesenian ceylon. seksi siot jejaka sana. aum ]

[ taman botani perideniya yang nyaman ]

[ gambar melompat itu wajib ] 

[ pokemon diglett menyerang. hoho ]

[ 5 jam keretapi ke nanu oya ]

[ permandangan sepanjang perjalanan. lawa siot ]

  [ cik baha yang bergayut mengalahkan local. bravo! ]

[ sampai gak nanu oya akhir nye. wehuu ]

dari kandy ke perideniya. sudah puas pusing di bandar unesco heritage. sudah tiba masa untuk kami sekeluarga berhijrah ke lokasi seterusnya. harus sejuk kata mak aku. baik lah puan zarinah. your wish is my command. terus kemas kemas. naik keretapi menuju destinasi seterusnya. nuwara eliya dan horton's plain. kami datang. yehaa.

No comments: