24.2.13

Kuda ku lari gagah berani

lokasi: AS equestrian centre, lenggeng
kerna: horse trekking
mood: cuak cuak excited

dengan muka ngantuk gila. aku drive sesorang ke pekan lenggeng. sempena sesi horse trekking. walau blur. semangat tetap membara okeh. mana tak nye. pertama kali naik kuda gagah perkasa kot. balik balik kuda padi. tak pun kuda mainan. sekali dapat kuda betul. dengan pantas aku beli groupon deal. hehe. 

sesampai je area lenggeng. em. lawa gak area ni. sangat hijau. cerah mata aku kejap. heh. lepak sat. pastu sibuk usha kuda. memang bersih la tempat ni. kuda pun nampak terjaga. gemok semacam. suka aku. takda lah kuda terseksa angkut aku. hm. sungguh prihatin diri ini. oyeh!

aku pun tak tau apsal. depa kasi aku kuda paling emosi. shiddling nama nya. menurut penjaga. shiddling emosi. suka jatuhkan penunggang. dah tau kasi aku watpe? haram. 3 orang sebelum aku smua jatuh. sabo je lah.

30 minit belajar dalam gelanggang. dia tengok aku konfiden cket. masa untuk meronda luar tembok. peh. shiddling pandai lintas jalan ok. kagum siot. memang kepala hangin kuda ni. ikut mood dia nak jalan atau tak. nasib aku mampu kontrol. cewah. huhu.

dalam 2 jam gak lah aku tunggang shiddling. teturun je. amekau. kejang kankang aku. haha. tapi serius. aku macam tersuka naik kuda. rasa macam kool je. dapat sekor. serius aku tunggang pi kelas terus. gilak!

hm. apa pulak mau bikin seterus nya? 

[ sesi training kuda. kakak tu otai seh ]

[ kuda bernama shiddling yang bertuah dapat aku. haha ]

[ bersiar siar di kebun getah ]

[ kuda pun pandai melintas jalan. kagum weh ]

[ macam pahlawan okeh. oyeah ]

No comments: