18.2.13

Significant Sri Lanka: Negombo, Pinnawala, Colombo & Ramboda

tarikh: 090213 - 160213
lokasi: sri lanka
insan: ayah. mama. sheena. sarah. amin.
status: tercapai

negombo. pinnawala. kandy. perideniya. nuwara eliya. horton's plain. ramboda. colombo.

setelah bertahun mimpi jelajah sri lanka. tercapai gak akhir nye bersama keluarga. tak sesia aku brain wash femli aku backpack sri lanka. serius mengancam okeh. kene plak bila jejak horton's plain. peh. terus terasa nak mintak warganegara sri lanka. hm. sungguh tak patriotik. keke.

trip kali ni macam time travel cket. ala ala balik 30 tahun lepas. serius. kapal terbang selesa tapi old skool gila. airport? old skool. bangunan bandar? old skool belaka. menurut mak ayah aku:

"sri lanka tak ubah macam penang 30 tahun lepas"

betul la tuh kot. makcik aku pun cakap benda sama bila tengok gambar. hm. old skool atau tidak. sri lanka sangat menawan kalbu. kene plak bila sampai central highland. pegh. bagai dipanah cupid bertubi tubi. panahan chinta ok. haha. ayat macam babik. haha.

walau tak murah mana pun sebab smua benda ada harga foreigner. mahal banyak plak tuh. chait. mau je aku bitch slap sapa yang kasi idea tu tapi nak masuk punya pasal. bayar gak lah. makan? sumpah takle lawan malaysia. tapi kottu (paratha cincang tambah keju) sedap gila babas. terus takle butang baju aku masuk hari ke 8. dem.

pape pun. sri lanka amat best. aku kasi 4 bintang *tepuk tepuk*. hm. smua benda aku kasi 4 bintang. sungguh adil dan saksama. keke. dan kerna kami redah pelbagai destinasi. macam biasa. aku letak gambar je la okeh? 

dengan ini. saya dengan segala hormatnya. mempersembahkan "significant sri lanka". *tepuk tepuk* 

 [ kami dah sampai sri lanka. woot woot ]

[ aktiviti wajib. tengok gajah yatim piatu di pinnawala ]

[ kan best dapat bela sekor. hm ]

[ mantin pun tak cun camni. those lucky elephants. chait ]

[ gajah yang diselamatkan dari poachers ]

[ mau je aku terjun sama. nasib takda baju ganti. heh ]

 [ gerai cucur di sepanjang pantai negombo. yums ]

[  port colombo yang macam gurney penang ]

[ pettah market yang bersepah laki. segan aku tetibe ]

[ gulai ketam obese. isi penuh. terbaek! ]

[ sunset terkenal colombo. terlewat amek gambar. dem ]

[ sesi borong teh ceylon di ramboda ]

sesampai je sri lanka. terus lepak di kawasan pantai. tu pun sebab airport di area negombo. dah puas jadi gadis pantai. ecewah ayat. masa untuk berhijrah ke lokasi seterusnya. masa untuk jadi gadis seni plak. dan demi itu. kandy. perideniya. here we come! woot woot.

No comments: