6.10.13

Dua tahun sudah

lokasi: secret recipe wangsamaju
insan: sarah. ain. lukman. bawang. yana
sempena: makan sambil gosip
mood: teruja

huish. camne tak teruja. tadi aku ketemu teman seperjuangan master di jusco. ni lah teman tak tido malam bikin assignment last minit. teman diskusi malam sebelum periksa. teman kasi moral support ketika presentation. teman pinjam nota bila ponteng kelas teroverslept dan peneman di saat stress menulis thesis. dari mula master. sampai ke graduasi master. takda muka lain. 

bila tengok mereka. baru tersedar. cepat sungguh masa berlalu. rasa macam baru je abes kelas. walhal dah genap 2 tahun kot. gilak! tadi keje makan dan borak. memacam lah. dari perihal mengandung yana sampai ke perihal tajuk phd. mana tak seram sejuk aku tadi. dedua takda dalam plan masa depan aku setakat neh. sabo je lah. huhu.

niat mau lepak lama. tapi aku terpaksa pulang awal. ada family lunch plak sebelum mak ayah aku balik chukai. walau kejap je aku melepak sama mereka. it was great. seronok dapat tengok muka muka lama. jumpa plak di jusco. lokasi melepak di saat pokai dedulu. kalau ada dwet. upgrade klcc. hehe.

pape pun. aku seronok jumpa mereka tadi. dan aku harap dapat lepak camni lagi dalam masa terdekat. mana nak tau bley amek ilham mau sambung phd nanti. dr sarah. ececeh. 

No comments: