15.1.14

Hati separa cair

arini cuti sempena hari jadi sultan negeri sembilan. dan arini patut kuar sama encik link.

tapi nak jadi crita. mamat tu tertido di siang hari. aku tak kesah mana pun. sebab aku pun kemalasan sebeno nye. serius takda mood nak keluar.

tapi aku tepon gak lah dia dalam jam 3 tanya jadi ke tidak. kang bising kata aku tak gerak plak kan. dia jawap dengan suara abes rocker. dah kronik camtu. aku suh lah tido balik. win win situation apa. heh.

jam 8.30 malam. 

dia telefon. suara masih serak. mintak maaf sebab tertido. niat nak tido sejam dua. terlajak ke enam jam. bukan setakat call. siap sms dan watsapp lagi. aku walhal rileks je tapi bila dia kecoh semacam. aku pun tetibe emosi gak. cepat terpengaruh tol lah. haha.

kata dia tetap mau jumpa. sebab dah janji tadi. tapi aku serius malas. orang tengah shiok makan keropok sama housemate kot. aku bilang lain kali je lah. dia tetap nak jumpa. aku bilang, sukati ko lah. yang pasti. aku malas pi tempat dia. dan dia diam. ingat dah settle lah. sambung makan keropok. 

jam 1030 malam.

dia telefon. kata nya sudah di parking lot bawah. aku ingat dia memain. sekali serius. sumpah berdebar gila. rupa nya. dia jalan dari rumah dia ke rumah aku memalam buta semata nak mintak maaf dan tunaikan janji. walau rumah dia tak jauh mana. kurang 3 km. tapi... dia jalan kot. 

aku terus turun, nampak dia duduk di tepi kereta aku. nampak je aku. dia terus mintak maaf. muka cuak. macam kene marah dengan cikgu disiplin. haha. serius terharu okeh. tak pernah ada orang jalan memalam buta untuk jumpa aku. semata nak mohon maaf. terus aku maafkan dia okeh. haha.

takkan aku nak biar dia jalan balik kan. tak sampai hati plak. sebelum anta pulang. aku ajak makan dinner. borak dalam sejam dua sebelum anta ke rumah. dia nampak ceria lah sepanjang sesi tuh. ntah lah. aku tak tau nak rasa apa melainkan terharu yang amat. 

tak pernah dalam sejarah hidup aku orang buat sebegitu rupa. memang a for effort lah. haish. mampu tergugat iman dan perasaan okeh. bahaya bahaya. 

ok cik sarah. kebal kan hati mu. heh.

No comments: