3.1.14

Kami dan Chukai

sempena azam nombor dua. minggu ni aku dan sheena pulang ke chukai setelah berzaman tak jejak kaki di bandar chukai. pegh. rindu woi. walau balik kurang 3 hari tapi pedulik, janji balik.

patut berdua tapi las minit mak tok, nenek aku mau ikut. apa lagi. girls road trip lah nama nya. haha. sepanjang jalan traffic memang clear. ada lah kereta sebuah dua. tapi selain dari tu. lapang kot jalan. cuaca pun mendung semacam. aish. kene selalu balik chukai lah camni. heh. 

sampai kemaman dalam petang gak lah. terus ke cherating makan seafood sama mak ayah aku. kebetulan dapat stok baru. ketam plak isi penuh siap telur. mengalir air mata jantan aku masa makan. haha. nikmat amat.

pastu balik umah melepak tengok tv. masa jejak kaki ke rumah. sedikit sadis lah keadaan umah. kosong gilak. banyak perabot kene buang. pintu pun takda, pecah berendam dalam banjir lama. bekas banjir di dinding pun nampak lagi. tinggi sungguh. tapi takpa. asalkan keluarga aku selamat. itu dah lebih dari cukup.  

plan tido chukai semalam dua. lepak kuantan jap. dan ahad, pulang ke kl smula. isnin aku dan sheena kerja. argh. takmo balik. hm. belum apa dah emosi. heh. yang pasti. arini, esok dan lusa aku akan lepak bawah ketiak mak ayah aku sampai lemas. oh indah sungguh. huhu.

rindu mama ayah. rindu rumah. rindu chukai.

glad I went back home.

No comments: