19.1.14

Pengajaran hari ini

arini. kali pertama aku servis kereta baru. masa aku beli kereta aritu. katanya aku dapat servis percuma 3 tahun. cun sangat lah. lepas konsultasi di perodua nilai. aku hanya perlu bayar rm40 untuk minyak. harga asal servis dalam rm170. rm40? okay sesangat. dah save gegila lah. 

sebelum mula servis. abang perodua tanya samada aku mau pasang buzzer atau ngak? aku cakap lain kali. dia tanya lagi. aku mau beli magnet anti karat tak? ntah napa. aku rasa macam perlu je benda tu untuk kesejahteraan jangka masa panjang kereta aku. 

menurut abang tu. total semua dalam rm95.30. aku dengan muka konfiden angguk tanda setuju. dan sign borang yang ada. 

30 minit kendian. 

baru terpikir mau cek duit. slumberrr. cek punya cek. aku ada rm91 je dalam wallet. macam nak nangis okeh. dah lah perodua nilai di kawasan kilang. bank terdekat pun jauh gila. abes smua doa aku baca. haha. terus ke kereta kutip apa saja syiling yang ada. 

cashier: cik sarah? ok. total rm95.30 smua nye
aku: ntah cukup ke tak. tau, tak singgah mcd tadi. jap eh *tabur syiling*

rasa terhina pun ada cket. serius. kalau tau camni. sumpah aku tak membeli belah di McCafe tadi. adoih. abes 5 sen pun aku kutip. haha. kira punya kira.

total: RM95.45

Alhamdulillah syukur nikmat. Malaysia maju rakyat selamat. wohoo. lebih 15 sen aja. kalau lantai macam ikea. dah lama aku sujud syukur kot. haha. serius lega nak mati. memang rezki kau kali ni cik sarah.  

pengajaran pada arini? sila cek duit sebelum servis kereta. smuga kejadian ini takkan berulang. bley kene strok aku kalau ye. huhu. 

No comments: