11.1.14

Makan besar

insan: sheena. sarah. amin
lokasi: theburgerlab
sempena: hari jadi amin ke 21
mood: kanak kanak ribena

sempena hari jadi amin. kakak aku pakat bawak aku dan amin menjamu selera di the burger lab, petaling jaya. dah 5 purnama sheena dok sebut pasal kedai neh. tercapai gak niat akhir nya. wehuu.


kedai burger ni buka jam 1600 dan harus datang awal. kalau tak. beratur gila panjang lah jawap nya. tak sanggup ceq. dalam jam 1610 kami sampai. beratur dah setengah pintu. meja dah hampir penuh. gila lah! tak sedap, jaga. huhu.

kami pakat oder tiga set burger berlainan dan 1 side order. the hulk, A+ dan beautiful mess termasuk fried mushroom. tetiga burger tu dieorang punya best seller. tunggu dalam 20 minit gak lah. servis memang laju tapi jadi lewat sebab sorang oder banyak. 

bila sampai. amek gamba dulu. esok lusa mengidam. bleh tengok gambar wat pengubat rindu. haha. sekali makan. mak aih. serius sedap. aku pun tak tau nak terang camne. tapi sedap amat. kami oder dua daging dan satu ayam. daging dia memang tender. ayam pun lembut. mungkin marinate dia yang kasi tangkap leleh kot. omo omooo.

burger nampak kecik tapi kenyang okeh. jadi sila jangan tamak haloba oder bebanyak ingat tak cukup. konfem cukup sebab tebal daging dia. sambil makan sambil borak dengan adik beradik. serius lama tak kumpul camne. selalu ada je kurang satu.

dah kenyang. balik lepak rumah sheena jumpa tot kejap sebelum pulang ampang. malam tido lena okeh. perut kenyang hati pun manyak senang. hehe. 

mekasih cik sheena belanja makan sedap. wehuu.

No comments: