10.3.10

Dia datang..

lagi 2 minggu. bertemu musuh lama.

cik final exam

engl 6104 : 290310
engl 6106 : 010410
engl 6202 : 070410

huh. hari membaca sedunia bakal bermula. tabah.

8.3.10

Finance uia macam keparat tak reti buat keje

aku selalu je dengar orang maki hamun finance. tapi aku relax je. tak pernah ada kes katakan sampai lah 3 minggu lepas. sekarang. aku anti-finance uia yang wat keje macam babi masak lemak cili padi. tsk.

al-kesah

3 minggu lepas. aku dapat e-mail financial statement dari finance. memula. aku teruja abes. finance anta email kat aku kot. tapi bila aku usha usha. apsal ada extra balance rm 1260 plak?. finance cakap aku tak bayar yuran sem 3 dan sem 1 2009. pundek ayam tol la. aku dah bayar kot. cakap aku tak bayar.

aku apa lagi. geledah sakan semua resit aku. jumpa la dua tiga. tapi aku ada wat silap. beberapa bulan lepas. aku dengan bahagia shred resit lama aku. ye la. tak pernah ada kes katakan. ok. fine. tu memang silap aku. take things for granted. cari lagi. phew. nasib baik sem 1 punya ada. bila aku buang la macam macam jadi. dugaan. dugaan.

esok. aku dengan riang ria pi bank mumalat. niat nak pi mintak copy resit sem 3 aku dulu la.

aku: kak. bla bla bla bla. jadi saya nak mintak copy resit sem 3 2009 saya.
kak muamalat: emmm. dik. susah la nak cari camtu. banyak sangat.
aku: ye saya tau banyak. tapi mesti kak simpan dalam fail ikut bulan ke?. nombor matric ke?
kak muamalat: semua dah bercampur aduk dik.
aku: ok. fine. database. takkan takde database orang yang dah bayar?.
kak muamalat: takde dik. bank muamalat sini memang takda database. tak pernah ada.
aku: huh?. biar benar. kalu kes cam saya jadi. camne?.
kak muamalat: kami hanya boleh cek pengeluaran duit adik. tu pun kalu adik guna buku
aku: orang skrg mana guna buku dah. semua maen kad.
kak muamalat: (diam dan tunduk)

aku sakit hati. apa ke bangang bank takde database?. sabau sarah. sabau. lepas tu. aku pi finance. aku jumpa gadis admin biasa. terang situasi. dan aku kasi resit sem 1 2009. gadis admin tu masuk dalam opis. lama tu. keluar. dengan financial statement aku yang baru. yang lama?. dah takde. slumber je ko buang yek?. macam haram. aku cakap nak jumpa superior dia. chewa. kerek je. haha. jumpa la sis nurulhuda yang tak superior mana pun. aku terang situasi. dia suh datang minggu depan. dieorang nak cari resit aku dulu.

guess what?

dah 2 minggu. dieorang tak cari pun. aku hangin lagi. las las. sebab aku bising sangat. dieorang kasi aku masuk bilik resit untuk cari resit aku. aku yang kene cari?. bukan keje aku kot tapi aku wat gak. sebab kalu aku tak wat. takde siapa akan wat. sepanjang dua jam aku kat situ. banyak gile kelemahan finance yang aku tau. camne bley dapat anugerah pun aku tak paham. smua macam haram

nape aku cakap finance ntah pape
a) dieorang tak key in yuran yang aku dah bayar lebih 11 bulan lalu. aku agak positif ada kes cam aku sebelum ni.
b) finance uia takde database siapa yang dah bayar. dieorang salahkan bank. dieorang cakap bank yang transfer data siapa yang dah bayar. finance tak key in nombor resit manual. wtf?
c) resit student disimpan tak ikut bulan. masa aku cek bulan mei 2009. november 2008 pun terselit masuk.
d) resit student 082 patut ada 3 fail. tapi cuma ada 1 fail sebab lagi 2 tak tau letak mana dan berselerak
e) bro mun (superior kak huda) otak karat. takde etika langsung. fine kalu ko nak menangkan finance tapi mulut jangan kurang ajar. bila aku cakap sem 1 pun tak key in. ko dengar je la. aku ada bukti hitam putih kot. bila aku tunjuk. takmo tengok. pastu cakap resit aku dalam proses scanning. resit sem 1 aku tarikh 10/09. 5 bulan untuk scan?. pegi mampus la.

haish.. tarik napas dalam dalam sarah. memang betul apa orang cakap sebelum ni. finance uia memang tak pandai wat keje. aku akan tetap usaha cari resit aku. tapi dengan keadaan finance yang macam ntah pape. database pun takde. macam tipis je kemungkinan nak jumpa resit. but hey, i will try my best. rm500 kot. banyak tuh. tapi kalu tak jumpa gak. nak tak nak. terpaksa gak bayar walau tak rela. sebab dieorang bley blok aku takle convo anytime. tabah. tapi kalu jumpa (tolong la jumpa). orang pertama aku cari. bro mun. jaga kau. haha.

hmm. lega cket rasa. :))

6.3.10

Sukses!

talk bersama moten arini:

sukses!! sukses!!

kerna...

ramai orang datang. lebih 80 orang tuh.

kepada yang datang. mekaseh daun keladi. :)

kepada kak alia. cupcake kangkang dikau mampu wat orang terkangkang.

kepada abang technician. korang memang terlebih pandai wat keje (sila baca dengan nada sarkastik). haish.. nasib baik ada si macho, zeti. tukang menyelamat keadaan.

kepada abe moten. terima kasih sebab setuju kasi talk. bertambah tambah ilmu tersemat di dada sampai dah takde ruang dah. hoho.

lepas ni talk laen plak. waduh..

4.3.10

Penyembur lada

ketika sedang borak dalam kelas CDA.

lulu: my besfren bought this for me (sambil tunjuk pepper spray)
subra: its good to haf one. for safety.
aku: true. true.
subra: sarah.. i think u should buy one for yourself.
aku: huh?. yup2. its even 2 in 1. if you're cookin and u need extra pepper. spray je.
lulu: haha.

ok. benda ni biasa je. tapi bila dr. subra suh aku beli satu. aku rasa statement dia macam compliment. perasan gile but lantak la. i like. haha

3.3.10

Sabar je la den

kena telepon Moten untuk peringat waktu dan lokasi public lecture. orang opis ramai tak nak cakap dengan moten sebab dia kaki sakat. ada je dia nak usik. dan sebagai junior opis. aku la yang kene telepon. sesungguhnya aku mangsa buli. telepon teledera kang. huhu. cari extension dalam website iium. ada dua nombor keramat: 5140 dan 5123.

a. e. i. o. u. terkena nombor 5140. dail. dering.

orang itu: hello.
aku: hello. assalamualaikum. im sarah baharudin. can i speak to prof. moten please?
orang itu: this is not moten.
aku: come onnn. dont play jokes on me. hehe.
orang itu: oh no. im not.
aku: ala prof moten. dont play-play. its not funny.
orang itu: im serious. im not moten. im someone else.
aku: huh?. ok then. so, im talking to??
orang itu: im dr. wahabudin rais, head of political science department.
aku: you serious?. really?
orang itu: yes. yes. im not joking.
aku: aiyok. wrong person la. hehe. sorry. take care. babai.
orang itu: ok. babai.

waaaa.. macam bengong je aku rasa masa tu. mesti wahabudin pasrah je. hoho.

malu. aku malu.

2.3.10

Mari... mari...

talk kedua aku handle tahun 2010

Insan-insan yang patut hadir
a) orang yang nak sep duit. kami menyediakan makanan percuma
b) orang yang dahagakan ilmu
c) aing. ko nak wat thesis pasal islamophobia
d) orang takde arah tuju. dari busan2. meh tengok talk
e) orang yang tak suka moten. bley buli dia dengan tanya soklan kaw2
f) orang yang suka zetty. sebab dia emcee. bley tatap puas-puas
g) sape-sape yang berminat la

smoga ramai kali ni. aminnn.

1.3.10

Kondisi mental: kian parah

kepada doktor fakira
terima kasih di atas pain killer dalam bentuk tulisan itu


akan tetapi

aku tetap cedera parah