12.9.11

Pekerja berwibawa

ok. sah. aku tak suka olympia. walhal baru keje seminggu kot. haha.

tapi serius. sminggu dah cukup untuk tau baik buruk sesuatu syarikat. setakat ni. kawan sekerja aku smua layan. bley masuk la. walau mereka agak skema. otak tetap gila. cantek. tapi management?. haish. rasa macam nak baling batu seremban secara berjemaah je. gila lembab. kerek plak tu. memang kombinasi membunuh. tampar lelaju baru tau.

ada ke patut (sila jawap tak patut). arini. tak pepasal cikgu cikgi smua kene edar brochure. weh. tu keje marketing kot. suh la geng geng marketing bikin. bukan teacher seperti saya. chewah ayat. teacher tu. gila takle blah. haha.

tapi serius. bes bes suruh aku dan lelain. dan aku?. sebagai insan nan cemerlang. amek la brochure dengan muka abes sinis sambil maki dalam hati. dah la suh kasi brochure buruk tu. sorang dapat nak dekat 500 keping kot. gilos. ingat aku superhero the flash ke?. bley cover sekuala lumpur dalam seminit. haish. tabah.

sebagai insan cemerlang. aku letak la cket atas kereta atau dalam bakul motor. selebihnya? aku buang dalam tong sampah. hahaha. bagus gila. tak buang sampah merata rata. memang pecinta alam tol la. pastu dengan muka abes kool. lepak klcc makan teppanyaki. slumber. siap berniat mau tengok wayang lagi. tapi cancel. takda crite bes.

beberapa jam kendian. aku balik opis kepenatan. bukan penat kasi brochure. penat jalan pi balik klcc. ntah pape. haha. tapi takpe. janji perut dan hati gembira. mesti organ dalaman aku bangga dapat tuan berdedikasi macam aku. haha.

kepada team marketing olympia. screw u.

sekian.

11.9.11

Tsunami kemalasan

adoyai. gila malas mau ke keje esok. serius malas melampau tahap nak pegi kencing pun malas. haa. ganas tak ganas. orang pemalas di somalia pun lagi rajin dari aku pada tahap ni. pegh ayat. somali tuh. ibu negara pun kenal tidak. bley plak nak banding dengan orang termalas kat situ. slumber. haha.

gila tak puas cuti. hm. apsal la malaysia tak kasi je smua cuti 3 hari sminggu. baru bes. tapi takkan jadi nye la. melain kan aku balik rumah. tido dan mimpi. gerenti impian termakbul serta merta. haha. ikut hati. mau je esok ponteng keje. tapi takle lah.

sebagai pekerja tahunan. kena la ke kerja pepagi buta dengan muka abes ceria. bajet seronok pi keje. walhal. adoyai. seksa abes. takpe sarah. sabo sabo. cuba dulu kerja seminggu dua. kalu tak sepadan. dapat gaji. cabot. wehuu. tapi kalu suka. maintain sampai dapat kerja lagi bes. hm. sungguh lah tak loyal. haha.

urgh. cepat la dapat gaji. mau pegi holiday. yea yea.

5.9.11

Kini saya seorang Olympian

hari pertama ke kerja: pure torture.

memang sangat dikenali di kalangan keluarga mohd. ariff. sarah baharudin tidak tido tapi sebaliknya hibernate. bila tetibe kene bangun awal mau ke kerja. gila terseksa. siap senget senget masa jalan ke keta. kena plak redah traffic. adoyai. memang potong stim tol la.

nasib aku semangat waja arini. sampai kerja awal 40 minit tuh. pastu ngantuk sesorang. dah la blur. sapa pun tak kenai. apa pun tak tau nak wat. kene plak olympia college mau pindah ke lokasi baru. lagi la aku takde keje. memang makan gaji buta la aku bulan neh. hm.

makan lunch dengan teman sekerja. ecewah ayat. aku malu malu beb. gila poyo. haha. tapi serius. aku segan. cakap abes skema. siap makan tak abes tu. mana tak nye. makan guna sudu garpu kot. gila susah nak ratah ayam. las las aku tinggal je. malas layan. balik nanti tibai kfc pepuas. hm. sungguh hipokrit. haha.

dah la ada punchcard. takle blah tol la. serius rasa macam nak punch mesin ni. kasi jahanam. tak yah guna lagi nanti. keke. yang pasti. tepat 5pm. aku punch card dah cabut. lantak la depa nak cakap apa. cukup time. aku balik. yang aku tau. aku nak tido. katil kesayangan sudah seru pulang. hehe.

esok. makan gaji buta jugak. bagus la tu. mau membuta gak la.

3.9.11

Makcik kayo!

tahun ni. aku kaya rm350 dari biasa. gila seronok. ingat kan dah tak dapat dwet raya dah. tup tup. rm350. gila indah dunia ni.

tapi aku sedih gak cket. sebab tahun ni tahun las dapat. tahun depan. aku plak kene kasi dwet raya. urgh. tragedi. nenek aku awal awal dah peringat share raya dia tahun depan. oh maktok. dikau layak jadi pemain saham berjaya. tabah.

tapi takpe. kerna sesungguhnya. tangan yang memberi. lebih baik dari tangan yang menerima. ececeh. ayat sedapkan hati tuh. haha.

wat masa sekarang. kita joli dulu! wehuuu!

1.9.11

Raya 2011

salam perantauan buat keluarga dan rakan-rakan SRSI, SID, IIMU & IIUM di Malaysia. Selamat hari raya dan maaf zahir batin (Sarah Baharudin sekeluarga, Oxford)


berangan.

27.8.11

Drift raya

servis kereta - sudah
kemas baju raya - sudah
kunci rumah - sudah
isi minyak kereta - sudah
ahli keluarga dalam kereta - cukup
baca doa naik kenderaan - sudah

baik! sudah tiba masa untuk balik raya. wehuuu. gila seronok. mana tak nya. abes je raya neh. kene masuk kerja. urgh. gila tak bes. tapi nak wat camne. dwet punya pasal. kene gak la kerja. dilema.

tapi takpe. raya tahun ni. harus menjolikan diri sebaik mungkin sebelum masuk kerja. nanti dah kerja. kalu sedih sedih. ingat balik sesi meraya. mesti ceria balik. iye iye je. haha.

pape pun. smuga raya tahun ni lebih bes. lebih meriah. dan lebih diberkati dari raya sebelum ni. ameen. kepada smua. selamat pergi dan balik kampung. berhati hati di jalan raya.

kalu mengantuk. jangan segan silu berhenti tido tepi jalan. buat je macam jalan pusaka keluarga. hehe. dan selamat menunaikan solat aidilfitri.

yea yea. raya.

25.8.11

IIMU selamanya

arini. ari las aku keje IIMU. setelah 3 tahun bersuka duka bersama staff iimu. dah tiba masanya untuk aku teruskan hidup. ecewah ayat. heh.

tapi serius. sedih gak nak tinggal IIMU. walau aku pernah je tinggal IIMU sebelum ni. tapi tak sama weh. dulu tinggal kejap kejap je. ni macam tinggal selamanya je.

jangan warga iimu resah. sebab saya bukan kacang lupakan kulit. ececeh. konfem cikgu bm aku dedulu bangga kalu dengar ayat aku. haha. tapi betul ni. kalu ada masa. aku tetap akan datang lawat iimu.

kalu ada event. aku mesti datang kasi support. busuk busuk pun moral support. tapi kalu iimu wat makan makan. konfem aku datang. haha. sebab selama aku kerja situ 3 tahun. catering iimu pilih tak pernah menghampakan. yums.

buat warga iimu sekalian. terima kasih atas segalanya. kau tetap di hati ku. eklas dari sarah baharudin. graduate assistant 08-11.

idop iimu!