12.9.11

Pekerja berwibawa

ok. sah. aku tak suka olympia. walhal baru keje seminggu kot. haha.

tapi serius. sminggu dah cukup untuk tau baik buruk sesuatu syarikat. setakat ni. kawan sekerja aku smua layan. bley masuk la. walau mereka agak skema. otak tetap gila. cantek. tapi management?. haish. rasa macam nak baling batu seremban secara berjemaah je. gila lembab. kerek plak tu. memang kombinasi membunuh. tampar lelaju baru tau.

ada ke patut (sila jawap tak patut). arini. tak pepasal cikgu cikgi smua kene edar brochure. weh. tu keje marketing kot. suh la geng geng marketing bikin. bukan teacher seperti saya. chewah ayat. teacher tu. gila takle blah. haha.

tapi serius. bes bes suruh aku dan lelain. dan aku?. sebagai insan nan cemerlang. amek la brochure dengan muka abes sinis sambil maki dalam hati. dah la suh kasi brochure buruk tu. sorang dapat nak dekat 500 keping kot. gilos. ingat aku superhero the flash ke?. bley cover sekuala lumpur dalam seminit. haish. tabah.

sebagai insan cemerlang. aku letak la cket atas kereta atau dalam bakul motor. selebihnya? aku buang dalam tong sampah. hahaha. bagus gila. tak buang sampah merata rata. memang pecinta alam tol la. pastu dengan muka abes kool. lepak klcc makan teppanyaki. slumber. siap berniat mau tengok wayang lagi. tapi cancel. takda crite bes.

beberapa jam kendian. aku balik opis kepenatan. bukan penat kasi brochure. penat jalan pi balik klcc. ntah pape. haha. tapi takpe. janji perut dan hati gembira. mesti organ dalaman aku bangga dapat tuan berdedikasi macam aku. haha.

kepada team marketing olympia. screw u.

sekian.

No comments: