19.12.09

Jatuh ditimpa eskalator

lokasi: presint 8, putrajaya
saksi utama: sarah. amin

kejadian satu
lepak presint 8 dari petang sampai tengah malam. tolong persiapan kenduri sepupu aku. fawwaz. haish.. dah nak kawen kamu yek. baguih la. lepas dah tolong apa yang patut. aku mengalami sindrom kebusanan melampau. jadi aku pun ajak adik aku jalan-jalan sekitar kawasan perumahan. maen jalan je. konfiden abes. sepanjang perjalanan. ntah nape. hampir 30 kali aku tergelincir. adik aku relax je. apa kes?. usha tapak selipar.. masih mengancam. tsk. sumpahan presint 8. uuuu...

kejadian dua
lepas penat tergelincir.. sampai gak umah fawwaz balik. lepak kat depan. pakcik aku pasang khemah lengkap dengan kerusi meja semua la. adik aku maen telepon. aku baca buku (chewah). lenguh. aku pun letak lengan kanan atas meja. dannn...

meja terbalik. macam babi. tersentap abes. sian jantung hati aku semua. adik aku gelak. aku sengih sebab ramai insan-insan terpilih nampak kejadian tu. angkat meja. dan teruskan aktiviti lampau. nasib muka aku muka seposen. tsk lagi.

kejadian tiga
dah sampai ampang. akhirnya. jauh dari segala sumpahan presint 8. yesh. yesh. tengah hepi jalan masuk apartment dengan famili aku. pastu aku dengan bahagia nya masuk lopak. walhal lopak tu besar gedabak. tengah-tengah jalan. orang buta pun bley nampak. melainkan aku. tergeliat dan satu-satunya seluar aku basah sampai betis. semua diam. pastu gamat dengan gelak aku dan famili. macam keluarga bahagia abes.

pasrah je la.

No comments: