1.11.10

Yuen pujaan hati ku

lokasi: yuen steambot, sunway
insan: aku. una. ain. shiqin. yana. intan. huda
sempena: una siap thesis
mood: lapar dan ceria

disebabkan makan arini ditanggung sepenuhnya oleh dana una. kami smua pakat kedarah kaw kaw. kira kami ni menghargai jasa una belanja la. em. mesti una terharu. sampai meleleh air mata. tengok kami makan dengan riang nye. heh.

tapi dalam reramai. aku, aing dan huda la yang paling kedarah. isk isk. apa nak jadi la ni. kalu mak aku tengok. mau dia tak ngaku anak. macam tak pernah makan setahun. tabah. nak wat camne. dah kempunan udang time tu. yum.

aku rasa. ada la dalam 3-4 kilo udang aku telan. ain plak tibai seketurunan ketam. haish. aku dapat rasakan. lepas ni. aku dan ain akan diboikot warga udang dan ketam. kerna kami. separuh populasi mereka pupus. terutama udang kertas. kesian gile. haha.

hm. aku dan ain takle mandi laut dalam masa terdekat ni. tak pepasal kene serang kang. sumpah tragis.

argh. sedap nye yuen. sampai tido mimpi ngigau sebut nama. dah la cashier ko gile hot. ikut hati. mau je aku steambot mamat tu sekali. tapi takle. aku tak mengamalkan kanibalism. huhu.

wahai una. terima kasih bebanyak. nanti aku siap thesis. aku plak blanje ko makan.

woot woot.

2 comments:

una said...

haha. canibalism? good one! but he's totally hawt kalah steamboat! ;p

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

uuu. must go there again. but first.. tenji! :)