3.6.11

K untuk Kenduri

serius banyak menggila kenduri. bagai cendawan tumbuh selepas hujan. ecewah. power tak power ilmu peribahasa gua. amacam?. kagum tak?.

ala.. kagum la.. kagum la.. hoho.

jenuh gak la nak pi smua. tapi rezeki weh bagi insan yang tengah kering. bley sep dwet camni. makan free. lapar je. cari kenduri terdekat. salam mak bapak pengantin. masuk makan. bukan orang tau kita sapa pun kan?. janji perut kenyang. haish.. sesat. memang dasar sesat. hoho.

ok. ok. alang alang kat chukai kali ni. aku turun kenduri 3 kawan:
+ puan asmalia.
+ puan sharadina.
+ puan yani.

serius lama tak jumpa bebudak neh. ada yang 11 tahun tak jumpa. huish. gila lama. kalu ada anak. dah darjah 5 kot. tahun depan amek upsr. argh. cepat nye masa berlalu. tabah.

seronok gak la jumpa kawan lama walau kejap je. rekod beb. sekali tu. aku pi kenduri tak sampai 5 minit. jumpa pengantin. kasi hadiah. borak jap. pastu drift balik umah. mau tengok glee. macam hampeh. tapi takpe. yang penting niat aku murni. jumpa gak pengantin kan? haha.

wahai kawan kawan aku yang sudah diijabkabul atau bakal. tahniah. smuga kehidupan korang selepas kawen sentiasa diberkati dan bahagia hingga hujung nyawa.

No comments: