18.9.11

Dap dip dup

ok. cuba baca tajuk entri lelaju macam naik roadrunner. haaa. camtu la bunyi jantung aku. gila berdebar semacam. mau lari bogel keliling umah pun tak cuak camni. haish. mampu mengugat kesehatan jantung tol la.

arini. hari pertama aku mengajar.

masuk kelas. astaga. apsal ramai gila student neh?. chewah. iye iye je. walhal takda la ramai mana pun. gimik je lebih. tapi ramai la dari level lain. aku dah la budak baru belajar. dah kene handle kelas paling ramai. mana tak pucat nye. nasib aku dilahirkan dengan muka dek. nampak ala ala konfiden cket. macam bagus.

hm. memang bagus pun. haha. tapi yang tak bes. baru je masuk. dah kene tegur. cakap laju sangat. bebudak tak sempat paham. eh tolong. salah aku ke korang tak sempat paham? sekolah bertingkat tingkat. benda simple pun tak paham. hm. gila kerek teacher ni. haha. tapi serius. aku memati ingat dieorang dah paham bahasa inggeris.

bila lepak kelas seminit dua. mampu culture shock jap aku. ada student dah pandai cket. ada separuh. haram tak paham english. weh. abes dugaan ni. camne aku nak ngajo? dah la aku tak di train untuk ajar level camni. dan secara semulajadi nya. aku bukan seorang yang penyabar. silap haribulan. ada yang kene sidekick dengan aku karang. guane?. tabah.

goat tau. sheep tak tau. jenuh la aku dok terang. lukis plak buruk semacam. lagi penin bebudak tu. las las kene cari gambo tunjuk. huish. payah camni. gaya macam ngajo bebudak tadika je. walhal dah besor panjang sesorang. siap ada yang umur 40 an lagi. dah la sehari 6 jam tatap muka sama. 4 hari seminggu. las las. smua muntah darah secara berjemaah. muak tengok muka memasing. haha.

tapi yang penting. dieorang memang nak blaja. part tu aku suka. tapi aku memang serius kene tuntut ilmu camne nak ngajo student level camni. setakat ni. aku ngajo ala ala bebudak uni. wat slides dan diskusi. las las. student aku haram tak paham. haha. sebab takda gambar dan vocabulary mereka tersangat lah sikit. haish. kesian. dan tragedi buat aku.

pape pun. ayuh berusaha! jom bikin research dan kumpul aktiviti bebanyak. mesti cuba jadi seorang cikgu yang tak membusankan. dan kalu smua ni tak berjaya. memang sah ko takle jadi cikgu. haha.

No comments: