13.9.11

Pisang berbuah tiga belas kali

ok. konfem. memang konfem yang olympia ni bangang.

sampai je keje pepagi buta. dah kene panggil meeting yang bajet tergempar. takle tengok aku senang cket. ada je benda nak suh bikin. dan ya. meeting ni takde kene ngene dengan aktiviti membuang brochure aku semalam. keke. tapi kalu la ya pasal tu. maki lah pepuas. lantak korang. sekurang kurang nya kelab pencinta alam akan sanjung aku. sebab aku recycle kertas kertas itu dengan jayanya. heh.

ok. sambung. tadi meeting apa pun aku tak tau la. masuk telinga kanan. kuar hidung kiri. bley plak. haha. tapi yang aku tau. encik brian param. pengetua olympia memang ntah pape. kecik kecik makan beras apa ntah. cakap dengan staff macam cakap dengan apa je. aku gerenti. dia cakap dengan kambing pun lagi sopan. keje nak maki orang je.

aku bukan bley benda camtu. tak pepasal aku mendidih sesorang kat belakang. walau pun dia tak maki aku. tapi tolong la cakap elok elok cket. bley nak marah tapi ikut keadaan. dan ada cara nya. lagi bes. insan yang di maki tu lagi bijaksana kot. dah la minah tu tak bersalah. tabah.

setau aku. memang betul apa yang cik hannah wat. dia tak kuarkan fail bebanyak dari kotak smua sebab almari takda. logik la. kalu punggah kotak. barang mana mau taruk? atas kepala brian? semestinya tidak. bila hannah cakap takda almari. brian tengking cakap "u have a brain hannah. use ur brain!". adoyai brian. lu mana sekolah?

sebab dia ada otak la dia tak wat. kang nak masuk perabot. kene simpan dalam kotak lagi. tak ke dua tiga kali kerja. haish. yang aku tau. nasib ko tak cakap camtu dengan aku. memang dasar nak kene maki dengan aku la tu. dan aku. memang dasar nak kene pecat free. haha. tapi serius. pape hal yang melibatkan pembulian tidak berasas. memang pantang lah.

oleh itu. jangan cari pasal dengan aku melainkan korang ada alasan kukuh. chewah. ayat bajet mafia. ganas abes. keke.

hm. bila terbaca tajuk entri. lapar pisang. urgh.

*tetibe*

No comments: