1.1.12

Broga telah ku tawan

mereka: sarah. hadi. epah
lokasi: semenyih
kerna: sesi mendaki broga
mood: hendak seribu daya

sempena menyambut tahun 2012. aku dan teman sebaya. peh ayat. geng bus skolah abes. haha. ok ok. aku. epah dan hadi dengan semangat nan jitu pun pakat lah mau tawan cik broga. bebalik tengok bungapi. apa barang. jadi tahun ni. bikin benda lain cket. baru mengancam. layann. tahun depan daki everest plak. cewah. haha.

pepagi buta dah bangun bersiap okeh. ayam pun lena lagi. bukti betapa cekal nya kami. heh. dalam jam 6 dah drift ke semenyih. agak jauh tapi jalan kosong. terbaek. 20 minit kendian. sampai tapak broga. ok. masih gelap. cun. tapi keta dah penuh kot. huish. kira ramai lagi insan lebih cekal dari kami. chait.

tak warm up tak apa. berbekalkan keazaman. kami terus daki. ingatkan kacang je. rerupe. mak aih. gila semput naik broga. walau 1.7km je ke puncak. vertical okeh. haram tol la. nasib aku bertenaga waja. haha.

setengah jalan. aku dan hadi dah mula berbuih mulut dahaga. usha air. tak jumpa. rerupa air kat epah nun di tapak bukit. ugh. abes dugaan neh. suku jalan. epah sakit perut. jadi dia lepak bawah. yang lagi bes. kunci keta kat hadi. bagus sangat la tu. maka terpaksa la epah lepak luar keta. ni la balasan untuk mereka yang pegang air insan dahaga. haha.

tapi aku dan hadi tetap teruskan usaha. alang alang dah setengah jalan. rugi kalu tak sampai punca. cuma pelan cket. sebab takda air. damn u epah. haha. sampai je atas. peh. terdiam jap. serius lawa. memang tak sesia la sampai atas. berbaloi la aku semput macam apa je. heh.

sempat la tengok sunrise walau kejap je. pastu apa lagi. pakat begambo kalah supermodel. kene plak hadi baru beli kamera baru. terbaek. terus kuar inner model aku. haha. matahari naik. baru turun. sebab makin panas. dah la aku kacok vampire. tak tahan panas. ye ye je. haha.

yang penting. broga telah kami tawan. woot woot. yang bermaksud. tahun 2012 bakal menjadi tahun yang bes. tetibe. haha. pape pun. well done sarah. well done.

[ broga di pagi hari. indah amat ]

[ hadi dan kekasih hati nya, dslr ]

[ abes supermodel la tuh. haha ]

[ aku dan epah, budak sakit perut ]

2 comments:

MiNaH nGokNgEk said...

damn me.....hahahaha ni denda sbb aku trpaksa tahan berak.....adoyai sengal2

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

epah: peh. ayat intro ko bes gila. haha. takpe2. lain kali make sure ko bwk pampers time hiking. haha