14.1.12

Makan besar

lokasi: bens klcc
mereka: baharudin sekeluarga
sempena: birthday amin

selepas hangat berdebat dan berdiskusi bersama keluarga. akhirnya. kami bersetuju secara berjemaah untuk santap di bens klcc sempena harijadi amin yang ke 20.

huish. nak cari tempat makan pun susah. siap kene debat apsal bes apsal tak bes. las las mak ayah aku selaku kerajaan menang. mana tak nye. dieorang tukang bayar nye. chait. haha.

memandangkan amin berusia 20 sekali seumur idop. mak aku dengan murah hati melampau kasi kami oder apa je yang kami nak makan. mau je aku oder chef dua. tapi cancel. tak kenyang. haha.

las las. kami berlima. oder seploh hidangan. gila lah. macam tak makan setahun. memang dasar piranha tol la. yang lagi power. abes lincin seh. ternak cacing kerawit ke apa neh? tabah.

bila nak bayo. abes smua pakat teka harga. datang bil. dalam rm200 gak la. terkejut jap. hm. agak murah. cewah. kerek gila ayat. mentang mentang mak aku yang bayar. haha.

tapi serius. untuk seploh hidangan yang majoriti sedap. berbaloi baloi. dah la tempat lawa. servis pun okeh. memang cun sangat lah. bes bes. terpaksa la datang sini lagi. ececeh. heh.

pape pun. terima kasih ayah mama sebab belanja makan. esok lusa belanja la lagi. wehu.

No comments: