28.1.12

Kami dan ATV

lokasi: kg kemensah
insan: baharudin sekeluarga
sempena: sesi ATV
mood: rempit environmentalist

sampai lokasi jam 8.50am. mak aih. sunyi sepi. ingatkan lewat ke apa. smua pakat rempit tanpa kami. rerupa guide baru bangun tido. sabo je la. nasib aku cekal. kalu tak. mau nye aku join sambung tido. gila ngantuk. ugh.

isi borang cket. bayar baki. briefing. dan terus training. cuak gak memula. ye la. takut aku tanpa sedar wat willie ke apa. cewah ayat. haha. tapi bila dah naik turun bukit sekali. konfiden la cket. pusing dua kali. konfiden lebih. pusing tiga kali. ok. konfem bley jadi guide. haha.

lepas lulus training. terus masuk trek sebenar. misi arini. ke air terjun kubang pasu atau nama glemer nya sofea jane. sabo je la aku. gila beza kot. kubang pasu dan sofea jane. haish. memang dasar wannabe betul air terjun ni. tsk.

mencabar gak route ke air terjun nun. naik turun bukit macam apa je. dah la banyak gaung. silap pusing. konfem terbang. tu smua pakat rempit dengan penuh konsentrasi. bagus. sungguh bagus.

sampai je air terjun. bapak aku paling ceria. tak sempat aku nak turun atv. bapak aku dah terjun waterfall. katanya. dah 30 tahun tak mandi air terjun. kene plak bapak aku neh kampung boy. dah rupa jejak kasih antara baharudin dan air terjun dah aku nengok. hehe.

dalam 30 minit gak la lepak air terjun. tak tahan sejuk beb. sambung rempit pulang ke kem. dalam 3.5 jam gak la sesi. patut 2 jam setengah je. tapi ntah mimpi apa guide baik hati arini kasi extra sejam. dan kami. dengan hati terbuka terima. cewah ayat.

mak aku memula jual mahai nak pi. las las dia yang seronok. siap suh aku plan lagi program keluarga seterusnya. baik bos! ingat nak anjur river tubing. macam bes je. dan ayah. terima kasih sponsor kami.

[ jom kidnap satu balik ]

[ kami yang suka beratur ]

[ perjalanan ke air terjun ]

[ secun sofea jane ]

[ hiking ke air terjun ]

[ ok. ini bukan penunggu kolam ]

[ batu belah batu bertangkup ]

[ amin. sheena. aku. mama. komunis ]

No comments: