3.9.12

Cuak amat

arini adalah hari pertama aku mengajo.

dubdabdubdabdubdab

okeh. sila baca lelaju. haa. laju lagi.. laju lagi.. ok dah. dan itu lah perasaan aku arini. mak kau. gila cuak siot. ugh. cecuak pun. tetap kene masuk kelas kan?

maka. dengan baju selebet. muka slumber. tarik napas. masuk kelas. dan kengih.

usha usha.

dalam 30 anak hayam jugak lah. 16 zambia. 5 bahrain. selebihnya malaysia. hm. comei comei gak bebudak neh. yums. haha. 

disebabkan aku takda benda pun mau ajo arini. jadi bikin sesi pecah ais cket. beborak cket. dalam 30 minit kendian. dah kureng cket cuak nye. peh lega.

tapi serius. gila bising bebudak neh. nasib suara aku pun tinggi ala kak ziana. sentap okeh. baru kau tau cikgu kau ni garang. ececeh. cikgu garang yek? hehe. 

dan belum apa. dah kene ngorat dengan student. macam haram jadah. walau sedikit berbunga ulu hati. tapi tolong ah. wa talak rela woo. huish. bleh kene tangkap kot. tak pepasal masuk metro:

"guru durjana. perosak masa depan zambia"

jangan memaen tajuk. sungguh metro. tapi tak mau lah. saya insan mulia. wow ayat. sungguh muntah ijo. haha. 

dalam dua jam gak lah aku bermesra tadi. konfiden pun up cket. cuak pun dah lepas. cantek lah. dan esok. maka bermula lah kelas secara rasmi nye. usha module. mak aih. banyak gila kene studi. mampus lah ceq. 

pape pun. smuga aku bahagia kerja kat sini. ameen. dan kepada anak murid. sila lah jadi anak murid yang baik. jika tidak. aku geget geget hidung korang. haha. 

sewel doh.

No comments: