3.11.12

Terbang nya aku

lokasi: pulau indah
insan: sarah. sherly
sempena: aerochute
mood: excited 

patut nya bertiga. tapi fatin harus kerja tetibe. kira reschedule abes smua. tapi takpe. janji voucher tak burn. duit oi. hehe. maka. arini, aku pergi sama sherly. dan minggu depan. fatin seorang.

ok. yang pasti. ini lah sesi outdoor paling menarik dalam sejarah hidup aku. sangat lepak kot? pilot wat smua kerja. aku hanya duduk dan menghayati sesi terbang menerbang selama 15 minit.

walau kejap je. pegh. sangat berbaloi duit aku okeh. bukan selalu dapat menikmati situasi camni. sangat tenang ah. kene plak angin sepoi sepoi. waduh. need to grow my own wings camni. huhu.

overall. aktiviti kali ni memang terbaek ah. lain dari lain. memang aku syorkan wat sesapa yang teringin terbang tinggi. dengan harga murah. selamat. dan punya pilot terlatih. sila lah cuba aerochute di pulau indah. tersangat lah awesome.  

pape pun. yang penting, sameon sherly enjoi. dan esok. harus ke hulu tamu untuk 4x4 plak. caya lah sarah! layak jadi model deuter. ada je aktiviti. huhu.

[ ini lah aerochute yang gila bapak bes. peh. semangat gila aku. haha]

[ kasi mandram cket sama itu aerochute ]

[ sesi doa dan mengucap sebelum berlepas. cuak gak weh ]

[ take off ]

[ terbang tinggi ]

[ dan semakin tinggi ]

[ permandangan dari atas. serius lawa ]

[ pulau indah yang awesome ]

[ tetibe mau borong aerochute satu untuk ke kerja ]

[ sempat amek gambar tu. bravo ]

[ bersama goh, pilot yang awesome. kiut plak tu. cukup pakej. haha ]

[ pulau indah yang sesungguh nya indah ]

No comments: