4.11.12

Offroad 4x4

lokasi: kolam air panas hulu tamu
kerna: 4 wheel drive
mereka: sarah. sherly. fatin. mia

pepagi buta. dengan semangat membara drift ke hulu tamu. sempena aktiviti offroad 4 wheel drive arini. pertama kali aku wat 4x4 kot tapi layan aja bah. janji murah dan menarik. woot woot.

sesampai je area hulu tamu. terus balun nasi lemak. mak aih. sedap siot. serius eklas masakan orang kampung situ. harus upgrade. layak jadi kampung pilihan. gila emo semata nasi lemak. haha. tp serius bes. yums.

lama jap tu. fatin &  mia sampai. jumpa aida dan shah selaku organiser. borak kejap dan terus gerak. ok. nak jadikan cerita. team satu lagi sudah cancel las minit. dan petang. takda orang booking plak.

oleh kerna sedemikian. dari sesi 3 jam. terus up jadi 5 jam untuk harga sama. pegh.. gila berbaloi ah. rezki beb. alhamdulillah.  

perjalanan pun thrill. melambung lambung ah dalam keta. lintas 2 sungai. naik turun bukit. kene plak semalam hujan. jalan lecak gilak. jeep siap tersekat dalam selut. kena tarik dengan tali okeh. memang cukup pakej ah. 

sesampai je air terjun. peh. gila excited smua. terus terjun belum apa. kene plak air terjun ni dalam kawasan persendirian. lagi lah bes. bersih dan takda orang. ada plak pokok tumbang. terbaek lah. abes smua benda kami panjat. driver bernama shah je kami tak panjat. haha.

berendam sampai kecut kot. huhu. bila nak balik. tetibe hujan. fuhh lega. sempat gak berair terjun smua. kalu tak. sesia je kene balik separuh jalan. safety katanya. hm. tapi takpe. yang penting. smua pakat enjoi! 

hm. apa pulak mau bikin seterus nya? 

[ lintas sungai dengan penuh bergaya ]

[ sesi tersangkut dalam selut. abes thrill lah. hehe ]

[ kami dan shah selaku drebar berhemah ]

[ air terjun apa ntah. yang penting, bes ]

[ sekawanan duyung sungai di temui ]

[ crime scene ]

[ lepas bergambar kene tarik jeep. tabah ]

[ abes pro ah tu lintas sungai camni. haha ]

[ sherly. fatin. sarah. mia ]

No comments: