28.7.13

Militan dari seberang

sem lepas aku ada satu student dari nigeria. monday nama nya. ye. isnin nama dia. mesti mak dia takda idea time tu kan? haha.

ok ok. sambung.

dia ni pendiam gila. tapi dengar berita dari senior. sangat lah bermasalah. dengar kaba, dia ada fobia mau amek exam. pantang exam, mesti menghilang. apakah?

dan sem lepas. dia buat sekali lagi. menghilangkan diri pulang ke nigeria masa exam. mana tak hangin aku. tapi dalam hehangin tu. masih ada kesabaran lah. 

dia jejak je mantin. aku terus ceramah dia bagai nak rak. aku kasi guilt trip cket. nithya sampai takut tengok aku marah aritu. hm. ganas gak aku rupa nye. ecewah. haha.

las las. dia lulus gak lah. aku kasi dia cecukup makan je. lima satu peratus. dan dia tersangat lah gembira. fine lah. jangan kaco idup aku dah.

tadi. dia watsapp.

tetibe je. apakah? dah ah dia bukan student aku dah sekarang. tapi aku reply je balik. tetibe dia balas cket punya panjang. mak aih. bahasa berbunga gila. ok. macam pelik. aku diam. dia mesej lagi.

ah sudah. wat luahan perasaan woi. suka aku lah bagai. siap cakap aku dipengaruhi dewa kecantikan. wahahha. macam setan ayat. sabo je lah. lagi seram. dia dulu bekas militan nigeria. 

militan ok! camne bley sambung belajar degree pun aku tak tau lah. yang aku tau. orang camni sejarah dia sedikit, tak pun sangat ganas. kang aku rejek direct. mau dia torture aku. eee.. tatut.

kata monday si militan. mau jumpa aku nanti. nak cakap berdepan. mampus lah. dah ah dia suka pakai baju hijau ketat. lagi lah aku stress. pape pun.

best of luck to me. sekira nya aku tetibe hilang. tau lah sapa suspek utama kan? ahh.. insyaAllah selamat. ameen ameen. 

No comments: