2.8.13

Dugaan yang sungguh menduga


semalam. aku balik kerja dengan keadaan penat yang amat. mana tak nye. kene kerah bikin soklan exam kot. kesian intelligence aku overwork. ayaaaaat. haha.

sesampai je umah. plan nak kemas umah. tapi ntah camne bley panjat katil lena. sempat tuka baju tido lagi tu. ganas tak ganas. heh.

maka lena lah saya.

lena selena lena nya. serius nyenyak gila babun. tapi jap tu. kedengaran azan sayup sayup. apa lagi. terus melompat bangun. excited tak excited mau berbuka. haha. 

dengan muka separa excited. aku terus kuar bilik. niat mau minum air jasmine tea aku beli tadi. kene plak sejuk. peh.. nikmat. sekali tengok luar. asal laen macam ni? gelap semacam?

sekali cek. amekau! dah subuh. haha. macam gampang. oleh kerna itu. terpaksa lah aku puasa dua hari berturut. urgh.

tak berbuka. tak sahur.

memang kes naya. tapi cekal punya pasal. terus kan puasa. memang meriah suasana perut aku tadi. berlagu sakan. bukan setakat tu. aku cakap pun dah merapu semacam. 

dah tu. masa tengah mengaja. tetibe plak bley hilang suara. abes bateri. haish. pasrah je lah. nasib kuat iman. ececeh. huhu.

niat nak berbuka tu jangan cakap. jutaan kali terlintas. tapi come onn. dah nama gagah. kene lah tahan cket. ecewah. tapi serius. time berbuka tadi. mengila.

orang sesat kat gurun seminggu pun tak macam aku. minum air kalah unta kot. sebaldi. serius nikmat gila. memula ingat nak rest sat tapi cancel terus. risau terlena lagi.

mampuih ceq kali lena sampai esok lagi. konfem terus minum sambil menyelam time berbuka nanti. haha. 

pape pun. kudos buat diri sendiri kerna berjaya puasa dua hari berturut. lepas ni boleh lah apply Guinness world record. 

No comments: