17.8.13

Sehari di Afrika

pegh tajuk. tak agak agak. penuh tanda tanya. ecewah.

sebenar nye. aku tak pi afrika pun. tapi aku melepak dengan jejaka afrika.

ayaaaat. tak agak agak. penuh kontroversi. haha.

aku sebenar nya perlu jumpa mahfuz dan usman, teman sekerja dulu di IIMU. motif? mau amek baju lama. aku separa rajin bab mengumpul baju lama terpakai neh. selalu kasi kat mak aku. dan mak aku akan agih ke orang susah di chukai.

kebetulan dua jejaka tu ada banyak baju lama terpakai. terus contact aku kot. sabo je lah. tapi sebab usaha nan jitu mereka. aku setuju je lah amek baju baju tu. dan sebab dah setuju. kene lah jumpa mereka.

maka. pergi lah aku ke rumah usman. nak masuk. kene cakap dengan guard. ntah nape. guard pung pang pung pang cakap arab sama aku. aku sumpah blur. first time kot guard cakap arab. bila aku balas. guard gelak. rupa nya dia ingat aku dari sudan. pulok? hm. nampak sangat area ni banyak afrikan. huhu.

patut amek baju. tapi dijemput ke atas minum air plak. alang alang tengah dalam mood raya. on je lah. bukan selalu dapat jemputan minum dari usman. sekali naik. amekau. tak reti pulang. haha. niat mau minum coke.

sekali dia hidang kopi. abes kopi, teh plak. bukan setakat itu je. ntah camne. aku siap makan lunch lagi. haha. rezki betul lah. patut amek kain seploh minit. bley plak terlajak 4 jam. tu pun mereka takmo kasi aku pulang lagi. ajak second round kopi. gilass.

[ authentic Sudanese Coffee. serius sedap ]

tapi serius. terasa macam puteri bila lepak dengan mereka ni. sangat attentive. kira aku tak payah wat apa lah. duduk dan menghayati kehidupan je. hehe. mereka siap bawak aku tour rumah kot. siap ada penerangan di setiap lokasi. kalah art museum camne. heh.

memacam lah kami borak. mereka siap perkenal aku sama jiran tingkat tujuh. babakir juga dari sudan. haa.. bertambah lagi kenalan sudan. senang lah aku nak backpack sudan nanti. hehe. 

bila aku mau pulang. smua pakat hantar aku sampai ke parking lot. pegh. terharu siot. mak aku pun lambai aku depan pintu je. haha. pape pun, terima kasih mahfuz, usman dan babakir di atas kesudian korang melayan aku. 

nanti ada baju terpakai. kontek lah aku lagi. hehe

No comments: