21.8.13

Joy ride

arini. aku berjaya culik cik syafa dan cik sab dari akept, sepang buat kali ke ntah ke berapa. hm. kalu camni lah selalu. konfem aku mampu jadi penjenayah terpower di selat melaka. woot woot.

cik syafa dan sab ada training di akept sebeno nye. dan alang alang dah dekat nilai. mereka ajak lah jumpa. menurut syafa. dia windu bangat sama aku. ceh. ayat pancing tak agak agak. nasib kawan dari kecik. heh.

aku plak ingat lepak bilik je. slumber je pakai baju tido. sesampai je sana. syafa ajak makan. aiseh. dah ah smua kat situ dr dari pelbagai universiti. memula malu. tapi sekali nampak lauk. ON terus. haha. tak senonoh.

dalam pemakaian aku yang serabai gila. ada gak orang ingat aku dr sarah. peh. doa tuh. layan kan aja. ameen ameen. haha. dah abes makan smua. aku dediam larikan syafa dan sab dari akept. destinasi utama?

fun fair nilai

mengom gila. excited kalah budak kecik. dan disebabkan aku paksa mereka naik ride. tak pepasal terus muntah pastu. aish. sungguh lah tak macho. jap tu. bawak pusing pekan nilai. disebabkan nilai kecik takda apa. aku pusing dua kali. baru mereka ingat nilai beso. huhu. dalam 2230 gak lah pulang ke akept.

mereka risau aku kene drive sesorang. mana tak nye. akept serius dalam. jin pun takmo duk situ. tak happening langsung. dah sampai sana. aku ajak main mercun plak. haa.. semangat tak semangat. siap simpan mercun dalam kereta okeh. huhu. 

tapi mereka penakut nak bakaq. aku lah tukang cucuh nye. memula main yang rileks. sekali tu aku bakar mercun aviator. amekau. meletop kuat gila. syafa dan sab punya lah terkejut terus lari sembunyi belakang kereta. serius epic muka dieorang. haha. 

[ semangat berkobar aku cucuh mercun. haha ]

dalam 2330 gak lah aku balik mantin. haish. tak padan dengan kene keje esok. hehe. yang pasti. konfem bebudak tu terus tido pastu. kejutan budaya kuar dengan aku. haha.

hm. pasni nak kidnap sapa plak eh?  

No comments: