2.11.11

Melancong dan melencong

patutnya ke koh lipe, satun minggu ni. tapi cancel plak las minit. mana tak nye. tiket abes. haha. padan muka. ignorant sangat. mana la aku nak tau orang siam pun ramai mau balik raya haji. tup tup. abes smua tiket dari bus ke keretapi lincin. haish.

cik sheila dan cik sherly memang frust gila. haha. tu la korang. sapa suruh kecoh cerita kat satu dunia? tengok macam aku. rileks je. bila dah jadi camni. merana abes. paling tragis cik sheila la. siap wat passport tuh. tabah.

tapi sebagai insan yang berperasaan dan perasan. haha. aku ingat nak tukar trip ke minggu depan. ke hatyai naik keretapi. 12 jam dari kl ke hatyai. bunk bed lagi. semangat. okeh cik sheila. sila terharu sekarang jugak. huhu. sekurangnya. merasa gak la passport kene cop kan?

dengan pantas aku terus beli dan email apa yang perlu. dengan harapan pisang tak berbuah dua kali. pegh. sempat lagi menunjuk kehebatan BM. haha. maka.

tiket keretapi sudah di beli.
guesthouse sudah di tempah.

tunggu jumaat depan je la. masa untuk melancong dan melencong. wehuu.

31.10.11

Bahasa Melayu itu indah

ke uia arini setelah sekian lama. gila rindu. lepak bersama warga iimu jap. dalam jam 1445. terus ke pejabat rektor. interview beb. ganas tak ganas. heh.

masuk. sesi temuduga. 8 minit setengah kendian. abes.

haish. gila cepat. tapi lepas minah tu usha resume aku. dia dah tak tau nak tanya apa. aku tak tau la benda tu baik atau buruk. tapi anggap je la resume aku terer gila. haha.

dan tadi. setiausaha spesel rektor bernama homam telefon. katanya mau aku tulis esei bahasa melayu. hm. pulak dah. aku ingatkan satu perenggan je. tup tup dia mau sehelai. banyak tu. memang dasar pemalas tol la. haha.

dah la aku dah lama tak tulis bahasa melayu skema. katanya. kalu aku dapat kerja tu. perlu tolong rektor uia tulis kolum berita harian. macam hebat. tapi dalam bahasa melayu? susah kot.

dan aku pun dengan gigih nya menulis la. mak aih. bley sawan aku camni. gila payah. pertama kali dalam sejarah. aku buka kamus kot. dalam sejam gak la. las las. siap gak siapkan sehelai esei bahasa melayu tentang hak wanita. fuyoo. haha.

contoh ayat bajet power aku:
"Memandangkan kaum wanita di Malaysia berpotensi sebagai sumber pembangunan, hak wanita juga perlu berubah dalam memberi peluang kepada wanita dalam segala usaha perancangan dan perlaksanaan program ekspansi negara. Usaha ini dalam memastikan penyertaan dan kepentingan wanita sebagai agen pembangunan masyarakat moden tidak terabai."

sumpah bangga bila baca balik. walau ayat macam ntah pape. lantak lah. janji ilmiah abes. haha. bila mula menulis camni. baru aku sedar bahasa melayu ni indah sebenarnya. kalu menulis la. kalu cakap skema camni. mau kene hina kaw kaw neh. haha.

heharap rektor dan rerakan suka esei selai aku ni. ameen.

30.10.11

Suka dalam duka

esok. bermula la aktiviti tanam anggur kembali.

aku suka.
dah tak payah tatap olympia lagi.

aku duka.
sebab dah takda dwet.

ayayai. masa untuk mencari kerja kembali.

berusaha!

26.10.11

Pesta lampu

memandangkan arini deepavali. aku, sheena dan amin gila beria mau sambut deepavali gak. memang pantang dengar reraya ni. laju je. mana bley ketinggalan beb. kasi je raya ape. smua layan. heh.

oleh kerna itu. arini. kami bertiga ke brickfields. mini india di malaysia. ke sana. lampu gila meriah. dengan bunga api tak berhenti nya. dah la jalan lenggang. memang nikmat abes.

park keta. turun. terus cari tempat makan. reronda. jumpa kedai vegetarian. layan. harap cakap je melayu. yang lain memang mengikut tema deepavali tol la. semangat tak semangat. tapi serius. sumpah sedap vegetarian brickfields. yums.

dah kenyang. usha kedai lain plak. pekena masala tea. mak aih. apsal smua sedap giler neh? bancuh guna hidung ke apa. abes spesel. huhu. makan makanan indian. sambil layan lagu tamil. di kelilingi orang hindu. sumpah rasa macam kat india sungguh. authentic abes. huhu.

tengah shiok layan masala tea. tetibe macam tersedar. apsal smua orang dok makan idli neh?. bukan 2. dah masuk 5 idli sorang. haish. takle jadi ni. aku sebagai insan bernafsu besar. terus oder gak. pengaruh rakan sebaya tol la. haha.

sampai je idli. cicah chutney. geget. astaga. sedap menggila tahap nampak pelangi okeh. pegh. marvelouss. amek kau. terus cakap omputeh tu. haha. oh sri paandi. kamu lah restoran idaman aku sekarang. empat bintang setengah untuk kamu! *tepuktepuk*

memang deepavali abes tahun neh. hm. kepada sheena dan amin. terima kasih. dan kepada smua kawan beragama hindu.

happy deepavali

25.10.11

Retro

pabila kebusanan melampau melanda. ini kan terjadi.

hm. serius macam pembunuh bersiri. haha.

24.10.11

Kantoi

baru je nak shiok layan movie. dah kene panggil dengan darren. coordinator english.

dia: sarah. is it true you're leaving olympia?
aku: er.. how did you know?
dia: sharon just told me. im in shock. may i know why?
aku: im thinking of doing my phd.
dia: did your student knew about this?
aku: nope. no one knows.

memang ramai orang tak tau pun. apa kes nak cerita? orang tanya aku jawap. tak tanya. aku wat dek je la.

tapi tu la. lama gak dia soal siasat aku. kalah ISA beb. tapi aku jawap je la dengan hati yang eklas kan.

memang lepas ni aku kan kembali pokai sedia apa. tapi lantak la. yang penting. aku gembira. dwet boleh di cari. kegembiraan? kalu dwet banyak tapi tak gembira. tak guna juga.

30 ni las aku keje. gila seronok. kebetulan pulak ada kawan offer keje part-time kat rector office uia. cantek lah. part-time pun layan je la. janji waktu fleksible. dan fulus masuk cket.

tapi aku tetap akan rindu teman sejawat kat olympia nun. pape pun.

life goes on :)

22.10.11

Separuh jiwa ku pergi

arini. mak ayah aku pergi menunaikan haji. yang bermakna empat puluh lima hari:

tanpa baharudin dan zarinah.

hm.. serius tak lengkap idop. pape pun. mama dan ayah. smuga:

selamat pergi dan kembali dari tanah suci Mekah
segala ibadah di terima dan dosa di ampunkan
mendapat haji yang mabrur. ameen

kita jumpa lagi empat puluh lima hari dari sekarang. sayang kamu sampai mati.