2.11.11

Melancong dan melencong

patutnya ke koh lipe, satun minggu ni. tapi cancel plak las minit. mana tak nye. tiket abes. haha. padan muka. ignorant sangat. mana la aku nak tau orang siam pun ramai mau balik raya haji. tup tup. abes smua tiket dari bus ke keretapi lincin. haish.

cik sheila dan cik sherly memang frust gila. haha. tu la korang. sapa suruh kecoh cerita kat satu dunia? tengok macam aku. rileks je. bila dah jadi camni. merana abes. paling tragis cik sheila la. siap wat passport tuh. tabah.

tapi sebagai insan yang berperasaan dan perasan. haha. aku ingat nak tukar trip ke minggu depan. ke hatyai naik keretapi. 12 jam dari kl ke hatyai. bunk bed lagi. semangat. okeh cik sheila. sila terharu sekarang jugak. huhu. sekurangnya. merasa gak la passport kene cop kan?

dengan pantas aku terus beli dan email apa yang perlu. dengan harapan pisang tak berbuah dua kali. pegh. sempat lagi menunjuk kehebatan BM. haha. maka.

tiket keretapi sudah di beli.
guesthouse sudah di tempah.

tunggu jumaat depan je la. masa untuk melancong dan melencong. wehuu.

No comments: