31.1.14

Angpao lai lai

selamat tahun baru cina
gong xi fa cai

angpao lai lai. datang lah pada ku. haha. pape pun, selamat bercuti buat smua. mari lah kita makan oren demi kesejahteraan kulit. woot woot.

30.1.14

Tunggu aku Ampang

marking?            done.
results?               settle.
pack baju?          sudah.
kemas rumah?  sudah juga.
sekotak oren?    pun ada.
minyak kereta? penuh.

wohooo. masa untuk pulang ke Ampang terchenta.

mak aih. excited gila. tak balik 2 minggu macam 2 tahun. mampu kene nervous breakdown kalau duduk mantin lelama camni. haha. 

Ampang... aku datang.

25.1.14

Hati nan cekal

minggu ni. aku tak balik ampang lagi sekali. oh tabah lah wahai hati ku.

memula berkobar gak mau pulang. sekali parents aku tak jadi turun kl. adik dan kakak aku pun busy. aku plak harus keje sampai jam 1330. ada je benda. terus potong stim mau pulang. hm. mantin dah mandram aku gamak nya. seru duduk rumah dediam. heh.

memandangkan minggu depan cuti raya cina. dan smua pakat mau turun ampang. aku nekad pulang minggu depan je lah. 

sekarang. ayuh kita habiskan sisa sisa minggu ini dengan marking paper. dengan harapan boleh raya dengan hati nan tenang nanti. raya yee. huhu.

cekal sarah. cekal. you can do it!

23.1.14

Musim marking

selalu empat musim je. tapi kalu jadi cikgu, konfem tambah satu lagi musim. musim marking. ni bukan setakat daun berguguran. abes smua rambut bulu bagai gugur sama. stress tak stress. haha.

3 subjek. 110 pelajar. 440 papers.

adoih. dah lah banyak giler paper. konfem terjojol mata aku mau tengok tulisan bebanyak. nasib baik lah ada beberapa assessments aku dah settle kan memula dulu. kalau tak, naya aku woi. adoh.

[ camni lah aku marking satgi. haha ]

baik lah sarah. masa untuk menempuh liku liku kehidupan. ecewah ayat. hoho. 

19.1.14

Pengajaran hari ini

arini. kali pertama aku servis kereta baru. masa aku beli kereta aritu. katanya aku dapat servis percuma 3 tahun. cun sangat lah. lepas konsultasi di perodua nilai. aku hanya perlu bayar rm40 untuk minyak. harga asal servis dalam rm170. rm40? okay sesangat. dah save gegila lah. 

sebelum mula servis. abang perodua tanya samada aku mau pasang buzzer atau ngak? aku cakap lain kali. dia tanya lagi. aku mau beli magnet anti karat tak? ntah napa. aku rasa macam perlu je benda tu untuk kesejahteraan jangka masa panjang kereta aku. 

menurut abang tu. total semua dalam rm95.30. aku dengan muka konfiden angguk tanda setuju. dan sign borang yang ada. 

30 minit kendian. 

baru terpikir mau cek duit. slumberrr. cek punya cek. aku ada rm91 je dalam wallet. macam nak nangis okeh. dah lah perodua nilai di kawasan kilang. bank terdekat pun jauh gila. abes smua doa aku baca. haha. terus ke kereta kutip apa saja syiling yang ada. 

cashier: cik sarah? ok. total rm95.30 smua nye
aku: ntah cukup ke tak. tau, tak singgah mcd tadi. jap eh *tabur syiling*

rasa terhina pun ada cket. serius. kalau tau camni. sumpah aku tak membeli belah di McCafe tadi. adoih. abes 5 sen pun aku kutip. haha. kira punya kira.

total: RM95.45

Alhamdulillah syukur nikmat. Malaysia maju rakyat selamat. wohoo. lebih 15 sen aja. kalau lantai macam ikea. dah lama aku sujud syukur kot. haha. serius lega nak mati. memang rezki kau kali ni cik sarah.  

pengajaran pada arini? sila cek duit sebelum servis kereta. smuga kejadian ini takkan berulang. bley kene strok aku kalau ye. huhu. 

17.1.14

Kaseri di hati ku

datang opis dengan hati duka.
pulang opis dengan hati suka.

semua nya gara gara cik nithya. thank u sayang. teruss. sebelum ni tak sayang sangat kan? haha.

ni smua pasal aku selalu sebut pasal kueh kaseri. kueh ni selalu indian yang buat tapi payah gila nak cari kot. kalu jumpa. konfem tak sedap sebab manis sangat. selalu orang guna instant sebab kalau nak buat dari bawah. memang renyah gila.

[ ini kaseri idaman sarah ]

nak di jadikan cerita. sempena thaipusam. cik nithya sudah stori sama kakak ipar dia pasal aku kempunan kaseri. kebetulan kak ipar dia terharu aku datang kenduri dia aritu. terus bikin wokey. lagi nak nangis, dia buat cara tradisional. guna susu lembu asli.

gila babik sedap okeh. babi pun tak sedap camtu. hahaha.

nithya kasi sebalang kaseri untuk aku. hanya untuk aku. aku kasi jiran opis sorang satu je. yang lain aku simpan. mau bikin stok masa depan. ntah bila nak dapat lagi kan? huhu.

kepada cik nithya. terima kasih atas keprihatinan anda. dan puan amu, kaseri kamu memang layak dapat medal. sedap nak mati.

sekian *lari ke arah kaseri* 

15.1.14

Hati separa cair

arini cuti sempena hari jadi sultan negeri sembilan. dan arini patut kuar sama encik link.

tapi nak jadi crita. mamat tu tertido di siang hari. aku tak kesah mana pun. sebab aku pun kemalasan sebeno nye. serius takda mood nak keluar.

tapi aku tepon gak lah dia dalam jam 3 tanya jadi ke tidak. kang bising kata aku tak gerak plak kan. dia jawap dengan suara abes rocker. dah kronik camtu. aku suh lah tido balik. win win situation apa. heh.

jam 8.30 malam. 

dia telefon. suara masih serak. mintak maaf sebab tertido. niat nak tido sejam dua. terlajak ke enam jam. bukan setakat call. siap sms dan watsapp lagi. aku walhal rileks je tapi bila dia kecoh semacam. aku pun tetibe emosi gak. cepat terpengaruh tol lah. haha.

kata dia tetap mau jumpa. sebab dah janji tadi. tapi aku serius malas. orang tengah shiok makan keropok sama housemate kot. aku bilang lain kali je lah. dia tetap nak jumpa. aku bilang, sukati ko lah. yang pasti. aku malas pi tempat dia. dan dia diam. ingat dah settle lah. sambung makan keropok. 

jam 1030 malam.

dia telefon. kata nya sudah di parking lot bawah. aku ingat dia memain. sekali serius. sumpah berdebar gila. rupa nya. dia jalan dari rumah dia ke rumah aku memalam buta semata nak mintak maaf dan tunaikan janji. walau rumah dia tak jauh mana. kurang 3 km. tapi... dia jalan kot. 

aku terus turun, nampak dia duduk di tepi kereta aku. nampak je aku. dia terus mintak maaf. muka cuak. macam kene marah dengan cikgu disiplin. haha. serius terharu okeh. tak pernah ada orang jalan memalam buta untuk jumpa aku. semata nak mohon maaf. terus aku maafkan dia okeh. haha.

takkan aku nak biar dia jalan balik kan. tak sampai hati plak. sebelum anta pulang. aku ajak makan dinner. borak dalam sejam dua sebelum anta ke rumah. dia nampak ceria lah sepanjang sesi tuh. ntah lah. aku tak tau nak rasa apa melainkan terharu yang amat. 

tak pernah dalam sejarah hidup aku orang buat sebegitu rupa. memang a for effort lah. haish. mampu tergugat iman dan perasaan okeh. bahaya bahaya. 

ok cik sarah. kebal kan hati mu. heh.