5.3.14

Indonesia indah: Penanjakan Satu

macam tak pecaya bila aku lah orang pertama yang bangun. siap tolong gerak lagi tiga insan kot. kalu kat malaysia jangan harap. matahari terbenam baru nak bangun. haha. memang punctual gila abang ojek kami. tepat jam tiga lebih, dah beratur motor depan homestay. peh. servis kelas pertama neh. 

smua pakat tak mandi. pijak lantai pun jerit jerit sejuk. nak kencing pun pikir ratusan kali. nak mandi? no way koze. huhu. smua pakat pakai jaket tebal. mana tak nye. naik motor ke penanjakan jam 3 pagi dengan cuaca kurang 10 celcius kot. cubaan bunuh diri nama nya neh. memang menarik gila sesi motor. sangat direkomen.

memang terer gila driver kami. bawak motor atas pasir kot. gelap gila. yang nampak lampu motor dan cahaya bulan je. tetibe jeep hardtop lalu tepi.  pastu gelap sunyi balik. peh. memang pengalaman yang tak dapek den lupo. makin lama, makin ramai yang pasti. kebanyakan datang dari surabaya. hanya kami dari cemoro lawang. 

sesampai je destinasi di penanjakan satu. kene hiking cket. walau cket, tapi semput nak mampus. mana tak nye, kene panjat bukit dalam gelap. haish. tercabar jiwa dan raga, nasib cekal. hehe. 

[ muka muka orang tak mandi. haha ]

[ sesi menunggu matahari terbit ]

[ serius lawa sunrise. sangat majestic okeh ]

[ bromo yang ikonik. jatuh chenta! ]

[ kanak kanak riang dan bromo ]

[ tak sesia hadi bawak tripod. haha ]

[ pintu gerbang penanjakan satu ]

[ trek ke penanjakan. lawa woit ]

[ mau terliur aku usha jagung bakar ]

[ sempat beli fridge magnet ]

kami lah di antara yang terawal. dan yang paling lewat pulang. tu lah kelebihan free and easy. tak terikat dengan memana. smua yang datang dari surabaya harus ikut jadual. sunrise belum settle dah kene balik. rugi siot. kami plak matahari dah naik tinggi pun masih kat situ. tak reti reti nak balik. haha. 

bergambar macam orang gila kot. kene plak hadi selaku photographer bawak kamera power dan tripod. terus lupe diri. posing mengalahkan supermodel. tapi bila lagi kan? dah puas di penanjakan. terus ke destinasi seterusnya. woot woot. 

4.3.14

Indonesia indah: Probolinggo & Cemoro Lawang

tarikh: 270214 - 020314
lokasi: Jawa timur
insan: sarah. sherly. hadi. awe.
status: tercapai

probolinggo. cemoro lawang. bromo. surabaya. madura.

lama gila kot berangan mau jejak bromo. sejak lima tahun kalu ngak silap. eh eh. terus cakap indon okey. haha. dan tahun ini. tercapai gak niat mau berlari lari anak di kawah gunung berapi hidup. Alhamdulillah.

yang pasti. destinasi kali ni sangat mengancam. kene plak bila jejak bromo. pegh. tak terkata. kembang dada yang sedia ada kembang ni. haha. tapi serius. bergetar kalbu lihat keindahan bromo. sumpah tak macam di indonesia. kekadang macam new zealand. kejap macam sri lanka. terbaik lah. 

dan trip kali ni adalah trip pertama backpack dengan insan tak dikenali. dah lah tak kenal, tak pernah backpack plak tuh. mana tak risau memula. takut gak kalu mamat ni tetibe break down nak balik kepangkuan ibu ke apa kan. sekali okeh. cun lah. kepada cik awe, tahniah kerna lulus cabaran backpacking. woot woot.

makan? jangan cakap. syurga oi. syurgaaaaa. sedap dan murah. kene plak dieorang pemakan daging yang tegar. memang memenuhi syarat lokasi idaman. macam ketemu soulmate pun ada cket. pantang time makan. orang empat, lauk berbelas. macam setan napsu. haha.

pape pun. kepulauan jawa amat best. aku kasi 4 bintang suku *tepuk tepuk*. hm. smua benda aku kasi 4 bintang ke atas. sungguh adil dan saksama. keke. dan kerna kami redah pelbagai destinasi. macam biasa. aku letak gambar je la. mampu kurus jari kalau mau type smua.

maka dengan ini. saya dengan segala hormatnya. mempersembahkan "indonesia indah: Probolinggo & Cemoro Lawang". *tepuk tepuk* 

[ makan makan di probolinggo sambil tunggu bison ]

[ backpacker kental in the making. ececeh ayat ]

[ permandangan sepanjang ke cemoro. hijau yang amat ]

[ pekan cemoro lawang yang kecil dan sejuk gilas ]

[ homestay pun hijau amat. pecinta alam sungguh. heh ]

[ kami bagai ayam kesejukan ]

[ sunset dan bromo dari pekan cemoro ]

[ langit ungu nan romantis ]

[ nasi goreng panas di saat kesejukan. indah ]

[ melepak di view point sampai lebam ]

sesampai je airport. terus ke terminal purabaya kejar bus ke probolinggo. memang nasib menyebelahi sunggoh sebab naik je bus, terus jalan. pegh. kalu lah terlambat cket, konfem kene tunggu lagi sejam. rezki rezki. dari airport surabaya ke cemoro lawang, kene tuka 3 transport. dari bus pendek ke panjang ke bison. sampai je destinasi, rasa macam mau cium tanah. lega siot. lebam bontot duduk lama. damn.

sesampai je pekan cemoro. terus usha guesthouse. memang tak booking kerna pakat mau redah je kali neh. kebetulan low season. lagi lah senang. usha punya usha. amek budi homestay. lokasi paling masyuk tapi basic gila. kene lah dalam rm15 semalam. haha. sep duit. tapi sekali malam datang, nyesal. sumpah sejuk nak mampus. sherly tido pakai jaket bebulu 3 lapis pun ketar macam apa. lepas ni boleh lah idup kat antartika. hehe.

kiteorang terus usha transport untuk ke bromo esok gak. memula pakat mau naik jeep hardtop. bajet abes adventure lah tapi sekali mahal gilas. diskusi punya diskusi, las las pakat sewa 4 motor. rm30 sorang untuk 10 jam. on lalu. memang dasar kupik. asyik nak sep duit je. huhu. tapi serius berbaloi. malam melepak sampai lebam sambil usha langit lawa menggila. indah sungguh hidup ini. 

malam tido awal. jam 2 pagi harus sesiap untuk jejak bromo. woot woot.

26.2.14

Dipun sekecakaken


sarah. sherly. hadi. awe.

empat rakan akan backpack Jawa Timur selama 4 hari. takda cuti. adeh.

destinasi: surabaya. probolinggo. cemoro lawang. bromo.

peh. dah lama gila aku kepingin ke sini kot. siap masuk mimpi bagai. Alhamdulillah kebetulan dapat tiket murah aritu. terus cekau. tercapai gak impian aku ke sana akhir nya. bwah-ah-ah.

ni pertama kali aku jalan sama hadi (tanpa epah) dan awe (kawan hadi). macam pelik cket rasa sebab aku dah lama tak backpack dengan laki. ecewah ayat. tapi serius weh. lama gilak. tapi takpe, janji enjoi. hehe.

pape pun. smuga kami berempat selamat pegi dan pulang. ameen.

21.2.14

Monopod

ini monopod.

besi sakti untuk pengemar selfie. senang. nanti bley amek group picture tanpa pertolongan orang. produk ni seperti biasa, dari china. nak beli gopro tak mampu. beli cap golok pun jadi lah. janji bley pakai. siap boleh extend sampai 1 meter. terbaek lah.

setelah research. aku akhir nya nekad oder online. dari kuching kot. jauh bangat. tu je yang readystock. yang lain smua minggu depan baru buka pre order. malas lah. pakat amek set rm130. dapat 3 benda. 

+ monopod & phone holder
+ 3 in 1 universal lense
+ android shutter

paling murah rm110 tapi kene tunggu minima sebulan. takda makna. bayo je lebih rm20 demi kesejahteraan travelling di masa depan. ayat sedap hati. huhu. heharap barang sampai sebelum khamis depan. bley guna untuk trip surabaya. kalau tak. aku guna dalam bilik je lah. hm. tragis gila. hehe.

yea yea monopod.

19.2.14

Haru haruan

"wow. am speechless. you are the most amazing person in my life. thanks so much" (links 2014)

hah! baru kau tau aku amazing? haha. orang berbudi, kita berjasa lah kan. bukan susah pun. semalam cik links adiah kan aku set buku.

the hunger games. complete set.

wohoo. excited kot. dah lama aku nak buku neh. sekali dapat free. mana tak hepi. kata nya sempena valentine. ntah kalendar kaum mana dia ikot pun tak tau lah tapi pedulik. buku free woi. haha.

maka arini aku pun balas budi dengan hadiah kan dua buku. ala ala sistem barter plak. siap balut bagai. semangat gilak. masa aku kasi tadi. mata dia bulat gila. terkedu. nasib tak terjojol. mau trauma aku kalu ye. heh.

dalam sejam kendian. dia ucap terima kasih secara rasmi di watsapp. terus aku diupgrade sebagai insan paling amazing. cuba aku kasi 4 buku. konfem terus nobat jadi raja. ada potensi kan? bes bes.

wahai cik links. pasni nak complete set buku roald dahl plak. hm. melebey. haha.

17.2.14

Hari paling produktif

akibat kebusanan yang melampaui batas kehidupan. aku dengan suka hati nye lari dari opis dan ke big bad wolf sale di mines. 

bukan setakat tu je.

siap pengaruh dan angkut miss gita sama. cemerlang yang amat. wohoo. tu pun miss gita cuak gila. muka dilema abes. nak ikot tapi takut. apakah? tapi las las kecundang gak dengan hasutan aku. haha. 

lagi bes pabila shamala tak sedar langsung kehilangan kami. serius terasa ninja. hoho. banyak gak borong buku. kene plak tak ramai orang. time keje kan? lagi lah bahagia. tak yah rebut rebut. 

aku beli 5 buah. gita borong lebih 10 buah. bagus lah. tak sesia aku angkot dia. hehe. dalam perjalanan pulang. bley plak singgah gerai pekena mee kari dan coconut shake. peh. indah sungguh hari ni. 

dalam jam 1730 baru sampai opis. tak pepasal orang ingat kami cemerlang balik kerja lewat sejam. tau takpe. heh.

14.2.14

Letusan membara

"kelud meletus. surabaya hujan abu. airport tutup"

perkara pertama aku dengar lepas bangun tido. what a way to start a day. aiseh. oh indonesia. ngapain boikot aku? dulu trip padang cancel kerna gempa. takkan kali ni kerna letusan volcano kot. tabah.

sampai opis. tarik napas dedalam dan google. mau check kesahihan berita. mana nak tau miss gita praktis april fool awal 2 bulan kan. hehe.

google. dan sahih.

peh. agak dashat. walau kematian tak setinggi sinabong. tapi tetap parah. 6 airport tutup kot. yogya dan solo paling teruk. putih abu seluruh daerah. surabaya pun hujan abu. waduh waduh pak. kesian kot indonesia. 

1 minggu lagi. sheena ke yogya.
2 minggu lagi. sarah ke surabaya.

bagus sangat lah. dedua lokasi airport tutup. hm. macam termakbul je doa ayah aku nak anak dara dia duduk rumah dediam. haha. takpe takpe. ayuh doa smuga kondisi di kepulauan Java pulih seadanya. ameen. 

lepas ni kene pantau aktiviti gunung kelud. kalu masih kronik. aku daki bukit broga je lah. haha. smuga kelud tidak meletus buat kedua kali. kesian kat warga indonesia kot. dan juga kesian kat aku. lama bangat kepingin mau jejak surabaya. hehe.