12.5.09

Kemachoan

semalam aku lepak the curve dengan sheena dan midge. bermula dari sesi menyelamatkan anak kucing di taman melati. ke makan free kat ampang. ke pertandingan lumba lari bersama troli di ikea. ya. aku memang kebudak-budakan. pedulik. oh ya. sampai la ke restaurant-hopping di the street, the curve.

masa tengah jalan tak tengok orang kat the street tu. tiba-tiba aku dengar suara orang panggil nama aku. aku pun pandang la. macam kenal makhluk tu. ceh.. memang kenal pun. kawan sekolah dulu-dulu kat chukai. cik shalini. adoyai. nampak sangat muka aku tak berubah dari sekolah. kenal je aku ni walhal dah 7 tahun tak jumpa. hmm. pikir positif sarah. ini bermakna anda:

awet muda!. oyehh!. haha. gile.

aku pun pi la peluk cium dia dan adik beradik dia (sebab smua sekolah aku). pastu aku salam bapak dia. maka kami pun sembang la. aku ni kadang-kadang boleh jadi agak random. jadi. masa tengah gelak-gelak. aku pegi dekat shalini dan bisik:

aku: u look so hot tonight. (sambil senyum)
dia: (terdiam jap) hehehehe

aku memang suka kasi statement camtu. tapi bila aku pikir balik lepas tu. macam risau la plak. aku risau shalini ingat aku lesbo. sebab ayat aku. cara aku cakap. macam aku berminat je kat dia. tapi seyes. dia memang hot berbanding zaman sekolah dulu. tapi niat aku eklas weyh. tahap kemachoan aku semakin menjadi-jadi akhir ni. hmm. apa yang aku makan ek?

13 comments:

Acemafia said...

kenal kan lah dia dgn aku.. supaya ko dan dia selamat. haha

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ko nak cik shalini ace?. xde hal. nnt aku pass num hp dia. hehe

Acemafia said...

nak nak nakkk

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

bley2. bwk bersabo. jgn gelojoh. hehe

ekeyz said...

shalini mane ek??cam tak familiar jek name die..
by d way, mungkin die terharu ko cakap die hot.so, die tak tahu nak cakap ape..hehehe

LiYaNa said...

haha..sarah, ko kene control sket kemachoan ko tuh..nt kang jd betol2 plak..heheh

LiYaNa said...

sunnguh glojoh ncik ace neh..ish3..

Acemafia said...

mane ade... aku sekadar menunjuk kan minat yg amat demi menjaga hati sarah.. hahah

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ekei: ala.. shalini. that indian girl. d only 2 indian female prefect kat skolah. shalini & primilah. shalini yg tinggi. cerah. ingat?

nana: xmo aku jd lesbo. been there done that. x bes pun. wahaha. ya nana. cik ace mmg gelojoh. ;P

ace: apa kene ngene tunjuk minta dgn jaga ati aku neh?. hehe

ekey'z said...

aku ingat!!!hua hua hua...
gile la ko..boleh buat die terkedu..hahahah

Acemafia said...

erk? hindi kaa? ada preti zinta punya muka ka? ade kalooo tarak hal punya.. layannn

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

ekei: ingat?. ngeh3. aku tgk fb dia. terus status jadi in a relationship. wakaka.

ace: lor. hindi la. xde la mcm preti zinta tp utk indian. jatuh kat kategori comei la. amcm?. ;P

Acemafia said...

wahh.. ok ok.. kim namaste kt dia ek