19.6.09

Jalan jalan cari PD

insan: jai (drebar), homam, kak zu, kak nani, zetty, shan & sarah
destinasi: port dickson

semalam aku sanggup bangun awal. semua nya gara-gara nak survey tempat di port dickson untuk program iimu. semua orang yang pegi, smua jenis tak senonoh melaenkan jai (malu kot?), kak zu dan kak nani. lagi empat orang muda, semua sewel. kena pulak lepas naik kereta jauh-jauh.

bes gak la. tempat tu ala-ala pekan cowboy. bilik dia ada bentuk wagon. bentuk teepee dan macam-macam lagi la. menarik. tapi hangat nak mampuih. sebelum balik. aku sempat mintak mempelam dari pekerja kat situ tapi aku tertinggal dalam unser jai (sowi jai). pastu berhenti makan kejap. sedap gak la masak lomak kedai tu. tapi aku yakin, ada yang lagi mantap. tapi aku tak jumpa lagi la.

masa dalam perjalanan balik. akibat kebusanan yang melampaui batas dan juga cuaca panas. aku pun cari keje la bila dah takde keje. aku cakap terima kasih dan nama setiap pekerja tol. tapi haram. takda sorang pun yang cakap sama-sama sarah. mungkin sebab depa tak tau nama aku. laen kali kena pakai name tag la camni. hmm. sampai uia dalam 2pm.

aku agak gembira sepanjang hari sebab dapat pegi tengok pekan cowboy dan makan masak lomak. lepas ni. kalu ada trip pegi survey tempat. nak ikut. tapi kalu bertolak selepas jam 9.30am je. hehe.

2 comments:

Zetty said...

SAYA TAK SEWEL. Okay?

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

amboi. ye la. cuma insan pelik. hehe