2.6.09

Adoih! truth hurts

selepas aku tengok cerita star trek. aku yakin aku ni sebenarnya insan dari planet Vulcan. aku sebenar nye adalah sebahagian dari puak Spock. aku memang tak berapa nak berminat le dengan orang dari planet Romulus ni. bukan racist tapi.. ntah la. memang tak ngam.

sampai la beberapa minggu lepas. kakak aku jumpa website yang berkaitan star trek. bley tukar gambar kita jadi Spock, Romulan dan macam-macam lagi la. canggih betul teknologi zaman sekarang. aku pun seronok la. sebab impian aku nak jadi Spock sejati bakal menjadi kenyataan. letak la gambar. godam-godam kejap. keluar la gamba aku sebagai Spock. memang macam haram. kakak aku dok gelak-gelak. macam hina sangat je. pasrah. tsk.

lama kejap tu. cuba tuka jadi Captain Nero dari Romulus plak. kakak aku terdiam (ya. aku menambah part ni). aku tak sangka. aku memang di lahirkan untuk jadi Romulan sebenarnya. aku memang ditakdirkan jadi orang baik yang konpius lalu jadi kejam.

oh tidakkkk. kenapa?. oh kenapa?. dah la jadi orang jahat. muka bahagia plak tu. kejam betul hakikat ni. kebenaran yang aku adalah Romulan sangat menyengat. oh ya. aku sedia kan gamba aku sebagai Captain Nero kat bawah. jangan comment. simpan je dalam hati. tsk


7 comments:

Encik Puaka said...

hahah.. cool. cool.

Allah's Servant said...

K Sara...this picture is so cute!!! =)

ps. I like Spock! =D

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

me like spock too!. so good looking. yum. hehe

Zetty said...

Ossam...

Acemafia said...

kacak sehh

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

kacak?. ko ada alien fetish ka?. wahaha

LiYaNa said...

is dat u??haha..