30.6.09

Gadis Yemen + karaoke = kegilaan

insan: sarah. shan. zetty. aini (pinay). suad (yemen)
tempat: pusat karaoke jj eon keramat
aktiviti: karaoke. snooker. arked

macam-macam kami wat sebagai aktiviti parti selamat tinggal untuk suad yang sudah mau pulang ke yemen. aku baru je kenal dia. tak sampai lima bulan pun. kenal pun sebab kerja sama-sama dekat iimu. namun. karaoke telah membuka topeng suad selama ni. sekarang. aku dah tau siapa dia sebenarnye. peghh. gile drama. tsk

aku tak sangka suad ni gila jugak orang nya tapi memang layan la. bila 4 gadis setengah (kak aini jatuh dlam kategori setengah sebab dah kawen) kuar berjimba. dunia huru-hara sekejap tapi aku enjoy saja. memang takle blah bila tengok suad nanyi lagu melayu "aci aci buka pintu". kiut mengalahkan lembu new zealand. rasa macam nak luku je tapi tak le la. anak orang beb. dah la menari macam budak pakai pampers. tak le terima akal betul. huhu

lepas tu ronda jj jap sambil tunggu suad beli belah di malaysia sebelum dia balik negara dia. hmm. aku yakin iimu nanti sunyi tanpa dia sebab dia rajin pi kerja. dah la suara jenis comei-comei. no more suad lepas ni. tsk

sebab dia dah nak terbang. aku tuju entri ni khas buat dikau walau ko haram tak paham bahasa melayu. yang ko pandai cakap sekarang cuma 'saya tak paham. saya tak marah. saya gembira. lelong lelong'. tsk. layan je la. ok la tu dari tak tau apa-apa kan?.

babai suad.

4 comments:

Acemafia said...

x sempat aku juper suad.. sedey

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

erk.. nak jumpa bley. mai iimu esok. ada makan2 untuk suad. mau?

Acemafia said...

malu lah.. ank nak dinner 2 org je dgn dia.. dia banje.. haha

Sumpah Aku Bukan Raksasa said...

haa.. bole2 tp ang kene pi yemen la. hehe