17.7.12

Outbac Broga siri dua

hm. aku pun tak tau lah. penat atau magik. lunch makan nasi bungkus paling sedap di alam semesta. serius weh. smua makan macam hape je. kebulur tahap dewa. tak sampai 5 minit. lincin. ganas amat. huhu.

jap tu melepak sambil usha outbac broga. lawa gak tempat neh. sejuk mata memandang. sejuk lagi bahu memikul. tetibe. ok abaikan. haha. dan kami terus ke aktiviti ketiga. waterfall abseiling

lokasi kali ni dekat cket. van 5 minit. hiking 15 minit. okeh. hiking kali ni agak penat. curam siot. tapi sesampai je puncak. tak sempat nak lega. dah kejang urat saraf plak. mak aih. sumpah tinggi air terjun neh. tabah.

baca doa apa perlu. dan redah. haish. serius cuak. dah ah tinggi gilak. lincin plak tu. air terjun plak troll. mencurah manja kat muka. serius tak nampak. tapi part tu yang bikin mencabar. bes bes.

sampai je bawah. muka bangga gila dengan pencapaian diri sendiri kot. haha. patut nya aktiviti 6 jam je. tup tup. 10 jam. memang berbaloi lah dwet aku. rm45 je kot. huhu. 

overall. aktiviti kali ni memang bes gila lah. memang aku syorkan wat sesapa yang mengidam outdoor lasak. harga murah. bersih. pekerja efficient. memang terbaek lah.  

 [ serius lawa outbac broga. tenang amat ]

 [ sesi hiking ke lokasi pengambaran. ayat abes superstar ]

[ sesi waterfall abseiling yang mencemaskan ]

[ gila tinggi. dah ah 90 degree. tapi gilak bes ]

[ zetty. una. sarah ]

pape pun. yang penting, una dan zetty enjoi. tapi sedih gak lah sebab pasni una mau ke ireland. dah tak cukup korum. hm. harus kumpul dwet camni. bikin outdoor di ireland plak. iye iye je. heh.

pasni ramadhan. pakat duduk dediam. lepas raya. mau bikin apa plak ek? 4x4 macam menarik. hmm *evil grin*

No comments: