5.7.12

Rezeki usah di tolak

lokasi: umah maksu
insan: sarah dan keturunan sharom
sempena: tahlil wan dan birthday dani
mood: kelaparan melampau

arini. aku dengan semangat jitu ke rumah maksu di gombak. dah ah tak tau umah. alamat takda. main redah ikut sukati je. niat murni punya pasal. terus jumpa rumah okeh. sumpah terasa hebat. ala ala gps bergerak. hm. boleh lah join avengers pasni. hehe. 

menurut maksu aku. ada dua event. memula majlis tahlil untuk arwah wan. selang sejam.  sesi memakan sempena birthday dani ntah ke berapa. slumber. tapi serius aku tak tau berapa umur budak tuh. yang aku tau. nama dia dani. hampeh gila. haha. 

aku sampai lewat cket sebab datang lepas settle smua keje. pastu cik sheena plak takle join. ada hal. hm. ni mengelat nama nya. huhu. tapi sorang pun sorang lah. redah aja. yang penting. aku mewakili keluarga baharudin. chaiyok. 

sampai je umah maksu. aku terus ke dapur okeh. hebat tak hebat. serius menantu pilihan. haha. walhal blur nak mampus sebab umah aku takda dapur. haha. tapi aku wat konfiden je. keje aku potong kek dan apa saja yang bley dipotong. maka terbukti lah aku ni berketurunan ninja. tetibe. haha.

dalam 4 jam gak lah aku lepak situ. tak leh balik awal. nanti maksu paksu aku mengungkit sampai raya 2018. kematu telinga aku mau dengar. baik duduk melepak sambil merapatkan ukhwah sesama sepupu. 

tapi serius makan sedap. nasib baik. kalu tak. dah lama aku mogok lapar. ececeh. macam mampu. haha. pape pun. selamat hari jadi dani. smuga membesar dengan sehat. kepada maksu dan paksu. terima kasih ajak. makan sangat sedap. sumpah tak sesia aku datang. 

[ muka excited dapat goodie bag ]

No comments: