29.7.12

Makan besauuuu

lokasi: umah ain, putrajaya
insan: ain. luke. nisa. nikos. una. sarah. yana. shiqin
sempena: iftar. sesi beramah mesra
mood: ceria dalam kelaparan

sesi iftar sambil berjejak kasihan di putrajaya anjuran ain dan luke. memang meriah abes. aku belum apa dah excited gila mau ke sana. mana tak nya.. lama gilak tak:

a) melepak bergosip sama aing
b) pepicit sumayya. anak aing yang gebu. rawr
c) jumpa nisa yang kini sarat mengandung
d) hora hore sama yana & shiqin

sekali dapat kumpul camni. dengan pantas aku sampai. punya la pantas. masa aku dan yana sampai. ain dan lukman baru nak masak okeh. gila semangat. heh.

sementara mau tunggu makanan siap dan yang lelain sampai. aku dan yana sibuk melayan sumayya. haaa. jangan memaen. aku main dengan baby okeh! jangan tak pecaya! 

kalu dulu. ada budak aku lari sebatu jauh. dengan sumayya. aku terus jadi insan paling mithali. ayat puji diri siot. haha. lantak. aku pun terkagum dengan sifat keibuan aku. wagh. ayaaaaat. muntah ijo. haha.

tapi serius. aku memang kureng cket dengan budak. bapak budak okeh. amboi ayat. sungguh scandalous. hoho. tapi sumayya spesel cket. budak baik. sengih memanjang. high kot? dah ah gebu. kombinasi membunuh. comei gila siot. grrrr. 

tapi azan magrib je. terus aku lupa sumayya. kene plak bila dah cukup korum. memacam cite ah kuar. serius meriah. makan pun sedap walau simple. tahniah ain dan lukman. bley lah join masterchef pasni. tetibe. 

yang pasti. arini memang layan lah. rindu siot bebudak neh. tapi serius waktu cepat gila berlalu. las aku ingat. aku tak tido bikin assignment di bilik ain. tup tup. sorang dah ada anak. sorang preggo. sorang mau ke ireland. sorang mau nikah. gila lah. waktu pecut ke apa neh?

pape pun. kepada ain dan luke. terima kasih ajak iftar di rumah. tahun depan ajak lah lagi. slumber. dan yang lelain. shiok hora hore sama kamu. gossip tadi je dah hilang separuh pahala puasa arini. haha. panjang umur. insyaAllah kita jumpa lagi ramadhan depan. wehuu. 

[ sarah & sumayya cik bambam ]

No comments: