1.7.12

Splatzone paintball

lokasi: splatzone selayang mall
insan: sarah. fatin. mia.
sempena: sesi indoor paintball
mood: membunuh

ni lah sesi paintball pertama dalam sejarah hidup aku. serius cuak memula. mana tak nye. asyik dengar cerita orang luka parah sampai pitam lah. buta lah. kudung lah. haish. ngeri okeh. cekal je lah.

semangat punya pasal. sampai awal mengalahkan staff. haha. dan nak jadi cerita. sesi 9am, 3 orang je daftar. tak nak aku lelari bertiga je. jadi aku bincang dengan staff. maka gabung dengan sesi 11am. 22 orang. peh.

sementara nak tunggu jam 11am. sempat lepak frim jap. warming up la konon. walhal pusing frim naik keta. pemalas gilak. haha. jam 11am. balik ke splatzone. dan bersuai kenal dengan 19 yang lain.

ramai gila laki. dan sesorang ganas semacam je. adoyai. dengar safety briefing cket dan terus ke medan peperangan. wagh. memula. main catch the flag. memang macam haram. konfem bebudak laki tu smua ganas nak mampus. memang no mercy.

aku plak abes strategi. tembak bila dah aim. tak main lah membabi buta. cewah. dan berkat strategi aku. peluru aku tahan lama gila. wakaka. sapa yang abes pellet. takle main dah la. rugi. baru nak shiok dah kene chow.

dan yang lagi bangga. aku last woman standing. cewah. abes rambo okeh. dan top 6. last game aku kene tembak kat bontot. cilakak. nasib kulit tebal tang tu. haha.

bila habis 3rd round. aku kuar la buka mask. ada plak budak mana ntah terkejut. sebab aku pompuan. ha.. jangan memaen. tembak kang. ecewah. haha. tapi bangga gak lah sebab macam hebat walau pertama kali. macam je lah.

  [ fatin. sarah. mia ]

[ bakal gunner cemerlang ]

[ abes otai lah tu. hoho ]

[ pejuang keamanan negara ]

pape pun. yang penting, fatin dan mia enjoi. lepas ini. bley layan outdoor lagi. tapi mau bikin apa plak ek? mudtrekker macam gempak. hm. masa untuk simpan dwet. wehuu.

No comments: