16.7.12

Outbac Broga siri satu

lokasi: outbac broga, semenyih
insan: sarah. una. zetty
sempena: waterfall abseiling. rock climbing. rapid tubing
mood: excited dan cuak menggila

patut nya berempat. tapi fatin harus balik penang tetibe. emergency. tok dia kene cancer. mau operate kata nya. kepada fatin. insyaAllah smua akan berjalan lancar. kalau ada masa. kita bikin satu lagi aktiviti bagi cukup korum. yeah. 

ok. yang pasti. ini lah sesi outdoor paling bes dan mencabar dalam sejarah hidup aku. memula macam blur cket. ingat bebiasa je. sekali sampai lokasi. amekau. terus kejang urat kentut. huish. gila extreme. tabah.

memula. pakat reramai naik van ke jeram kedah. 15 minit perjalanan. dan 5 minit hiking. agak rileks lah. tengah bergembira. tetibe kene berhenti. tengok dinding. mak aih. gila babik. ugh.

aktiviti pertama. rock climbing. nampak cam senang. tapi serius susah. penat nak mampus. dah ah dinding hampir 90 darjah tegak. takda training takda ape. terus kene panjat. terdengar jeritan batinku kejap. ok. ayat macam haram. haha. 

dalam sebelas gadis. lima je berjaya ke puncak. termasuk lah aku dan una. wehuu *victory dance* macam tak pecaya. tetibe teriak plak kan? huhu. walau semput menggila pastu. tapi abai kan. janji sukses. tahniah sarah. tahniah. heh.  

lepas smua dah panjat. ke aktiviti seterusnya. rapid tubing. ok. ingatkan tubing ni rileks. usha usha. mak kau. kejang lagi. adoi. serius membunuh. sangat curam ok.

ada yang takmo wat. cuak sangat. memang rapid sungguh lah. aku, una dan zetty redah aje. dah bayar punya pasal. yang penting. mengucap dulu belum apa. hehe. tapi smua pakat tergolek dog ah. sabo je lah. nasib bes. 

abes je sesi kedua neh. masa untuk pulang ke kem outbac. lunch katanya. smua pakat sujud syukur kot. serius kebulur. ugh. nasik.. tunggu daku. 

 [ jeram kg. kedah yang menusuk kalbu ]

 [ dinding azimat. nampak senang. susah gila okeh ]

 [ semangat gila aku memanjat woi. haha ]

 [ turun secara abseiling. best woo ]

 [ sesi rapid tubing yang mendebarkan. serius ]

[ sempat baca doa naik kenderaan. haha ]

No comments: