14.1.13

Lawatan sambil berbakti

sempena hari jadi sultan nogori arini. aku dengan riang ria nya pakat cuti sehari. wehuu. dan disebabkan dah niat suatu ketika dulu. aku pun pi lah melawat uia arini. 

dalam perjalanan. aku berdebar gila kot. ntah pape. haha. tapi serius. aku berdebar amat. tapi jejak je dalam uia. rasa macam excited pun ada. mau jumpa kekawan lama. dan aku cuba cover seramai yang boleh. 

dari iimu ke opis rektor ke econs. abes aku tawaf arini. dan sebagai insan berhati murni. ecewah ayat. ok. telan balik muntah tu. keke. aku serius ni. aku siap borong 72 cupcakes untuk jamu orang kot. semangat tak semangat. 

masa aku tetiba timbul. memang depa agak terkezut lah. mana tak nye. datang dediam je. abes surprise lah tuh. nasib depa ada. kalu tak. mau makan tidur mandi cupcake sebulan aku. haha. 

uish. serius rindu bebudak uia. lama gak lepak. siap meminum kat hs cafe lagik. abes mengimbau kenangan okeh. tapi dalam jam 3. aku kene chow. tolong hantar kak nad ke kl sentral sama zetty, mahfuz dan kak aini. 

kak nad harus ke new zealand tengok adik dia. ada masalah cket dengan jpa. gila bes. bukan part masalah. part pi NZ ok. aku tak sekejam itu. huhu. hm. apsal lah adik beradik aku smua studi malaysia? tabah.

masa melepak kl sentral. serius macam zaman iimu dulu. bising gilas. sumpah aku rindu saat tu. masa kak nad nak chow. suara dah pecah pecah sedih. terharu kami hantar. hah. baru tau terharu. tu baru cket. kalu ada dwet. sampai ke new zealand ceq antaq. hoho. 

lepas dah anta smua. aku, mahfuz dan zetty pakat balik satu keta. kak aini balik keta sendiri. mau amek anak kata nya. aku walhal kene balik nogori kot. tapi serius takda mood. maka aku angkut lah mangsa culik pi sisha di setiawangsa. huhu. 

dan seperti biasa. insan macho macam aku dan k. zeti je dok sibuk sesi menyedut asap berperisa. mahfuz duduk jauh gilas. sabo je lah. tapi bila duduk dekat. sempat ceramah aku plak. haish. susah tol ada penceramah bebas ni. heh.

dalam 1100 gak ah aku anta bebudak tu balik. dan aku terus pulang ke nilai. bawak pelan gila okeh. mana tak nye. mabuk cupcake campur sisha. kalah kokain high dia. hoho. haish. ntah bila lah bleh lepak camni lagi. hm.

pape pun. arini aku gembira walau penat. insyaAllah. aku turun uia lagi angkut 144 cupcake. gilo. haha

No comments: