19.1.13

Supliseeee

insan: sarah. nithya. 
lokasi: dari mantin ke springhill. 
sempena: majlis makan2 shamala.
mood: cuak mau sergah umah boss.

aritu. miss shamala jemput warga ELC yang tiga kerat untuk datang majlis memakan sempena hari jadi anak sedara dia. aku memula serius kemalasan. tapi bila pepikir balik. orang dah ajak kan? pi je lah.

tapi atas masalah teknikal yang tak berapa teknikal. aku sudah tersilap tengok waktu majlis. patut 1900. aku ingat 1200. terawal 5 jam. slumber. sah rabun kalah ayam weh. haha. redah je ah. malas aku nak patah balik.

sesampai umah. memang baru nak pasang khemah bagai. pedulik. tebal kan muka. masuk umah dan tegur. miss shamala kat dapur pakai baju umah je kot. macam tak pecaya bos aku camtu. selekeh siot. wahaha.

supliseeeeee.

muka dia terkejut gila kot. sempat ceramah bagai. nithya dah emo kene ceramah. haha. aku wat muka dek je. sampai dah kira bagus. huhu. aku borak dengan smua sanak saudara dia. layaan. nenek dia suka gila kat aku kot. hm. meh wat sistem barter. tuka dengan shamala. haha.

dalam 20 minit gak ah melepak. aku siap masuk dapur borak. ntah nape aku terlebih ramah arini. huhu. kene plak tadi aku sorang je melayu. lagi lah depa suka. bagus bagus. 

pape pun. terima kasih jemput daku miss shamala. lain kali. jemput lah lagi. wehuu.

No comments: